November 04, 2008

59: Terengganu II

26 – 27 Oktober 2008. Kisah ini agak singkat tapi padat.



Perjalanan ini

Bermula dengan senyuman

Kau , aku



Dan juga kamu




Kita mengikat janji teguh


Biar mahligai persahabatan ini kekal utuh

Mungkin ada insan lebih istimewa

Mungkin mimpi kita berbeza

Namun cuba kenang semula

Saat-saat bersama ;




> Shopping sakan


> Mapley sambil borak hati ke hati

> Gurau-senda , kena-mengenakan

> Obses dengan “Gossip Girl”


> Berkongsi rahsia



> Berkongsi kesengalan


Namun kita tak lalai


Ada impian yang perlu digapai



Terima kasih kerana membawaku ke jalan ini



Terima kasih kerana membuatku terbang tinggi


Terima kasih kerana terus berada di situ



Biar aku sering buat kamu tertunggu





Terima kasih atas talian hayat yang sering kau hulurkan




Setiapkali aku kelemasan


Maafkan andai kadangkala aku menghilangkan diri


Dan sepi tanpa berita


Kamu yang bernama sahabat



Walau haluan kita berbeza selepas ini


Janji ya, kita akan masih berkawan?



Kerana……….
aku tak bisa sampai ke sini tanpa KAMU.

_____________________________________________________

This is a tribute to ALL my friends. Yeah, the pictures told stories of our memorable adventure in Terengganu. But the words, they are meant to YOU, friends :)

P/s : Moga trip lepas ni cukup kuota. Ye filz and farah? Hehe. Atau mungkin kita akan tambah ahli baru. You are most welcomed~ ( Ecah or Zaty maybe?)

October 08, 2008

58: Life


"I will sacrifice a rook or even the queen to win over the mighty king."


That's life. You have to sacrifice, to get whatever you wish. In every happiness or sucess, there will be hardship, sacrifice and sadness.


Play your life like in chess.


Chess. And how I miss to play chess! Rindu sangat. Fikir sampai nak pecah kepala otak, dan bila menang, kepuasan tu tak dapat nak digambarkan. It's worth to sit for almost 2 hours and then you win! Kalau kalah pun, tetap worth it becoz your opponent had to spend almost 2 hours to beat you! Terrer la tu maknanya. Hehe.


Teringat zaman sekolah dulu, masuk pertandingan chess. Have to play within strict time frame, siap ada jam khas. Everytime you make a move, you have to press the clock. Sangat mendebarkan dan saiko! Hehe. Paling jauh aku penah pergi dalam chess ni, sampai peringkat negeri Johor dan dapat top ten. Masa tu darjah 5 kot. Masa sekolah menengah, sampai peringkat daerah je.


Winning is great but the most important thing is the experience and lesson I gained when I win and also when I lose.. Obviously, aku lebih banyak kalah daripada menang. Hehe. Anyone familiar with this kind of experience? Dare a challenge? :P


September 15, 2008

57: Curi masa

It's 6.12 pm now, got about one hour more before buke pose and I'm still in the office. With Aishah only. Suasana kat ofis skrg agak gelap. yang ada cuma emergency lamp dan lampu lip-lap yang kitorg baru pasang tadi as raya decoration.

Sape lagi yang kene buat keje hias-menghias ni kalau bukan kitorang trainee..ehe.Biasela tu. Btw, balik lambat harini sebab ada jemputan buka puase kat Hotel Novotel, dekat dgn Pavilion. Alhamdulillah, ni dah kali ke-4 dapat buka puasa kat hotel sejak intern kat sini. Dapatla gak merasa makan mknn yang mewah2. Dan juga buat aku lebih bersyukur.

Thank you Allah.

You know what, tadi terserempak ngn my classmate masa kat KISAS, and she is with her husband. Hubby dia sebaya ngn kitorg. Ada dengar cerita dia dah kahwin, x dapat pergi kenduri dia. Lagipun, x dijemput..aha..mesti dia ingat aku xkan datang sebab xduduk KL, but actually aku dah tinggal kat sini apa..hehe. nvm la.

Wutever pun, diorang memang sepadan sgt. Buat aku jeles! bukan jeles apa,terasa nak cepat kawin jugak.haha. Semoga diorang bahagia sampai ke anak cucu. Tak sangka, dah besar2 kawan2 aku rupanya... (aku?)

ok,gtg.

August 11, 2008

56: Something

Something to update? Too many in minds I kept typing and deleting for the past ten minutes. Ok, ok this time, I'll delete no more.

Let's start from here. Here I am, in Level 16, Tower 1, PETRONAS Twin Tower, doing my internship at PETRONAS Carigali. And I'm writing this entry becoz my boss and managers were not around today plus I felt like coming back to myself today.The old me is coming. Haha.

The first thing I wanna say about doing internship here is that, who in the world yg cakap intern kat KLCC keje fotostat je? The past 2 months was damn busy and sometimes I even dont have time to grab lunch! Except for the first week, every weeks was full of activities such as seminars, in-house training, equipment test at factory, vendor presentation and etc. Not including the 2-day workshop organized by our department and I was one of the committee members.

Enough to say, my internship days are so colourful I always pray that the time wont go so fast.

Story more on my experiences later.

May 19, 2008

55: Change

Semalam, pergi bilik Filzah dan Syaza. Borak2 pasal macam2. Aku,kalau ke bilik diorang, memang lama. Asal nak balik je, diorang mesti cakap, " Ala nad...lekla dulu..nanti r ". Lama2, berapa jam entah duduk kat situ. Hehe. Tapi takpe, macam2 input dapat~ kitorang bukan bergosip je tau (ada la jugak gosipping tu,maybe dalam 20%). Tapi yang selebihnya,macam2 yang kami 'bincang'kan. Contohnya,semalam cerita pasal alam ghaib. Syaza cerita pasal asrama dia dulu kena pukau, satu asrama bangun lambat,pastu semua orang hilang duit dan barang berharga. Syaza siap tertidur dalam keadaan duduk lagi sebab masa tu dia tengah study. Tak pernah2 dia tidur duduk. Aku plak citer pasal asrama aku jugak,pasal akak dorm aku yang terpaksa pindah sekolah sebab tak tahan dengan gangguan makhluk ghaib ni. Peliknya,makhluk tu kacau dia sorang je. Yang aku faham,dia kacau akak tu sebab nak uji dia,lagipun akak tu ada kelebihan sket pasal alam2 ghaib ni,die pernah berkomunikasi dengan 'mereka'. Agaknya,sebab tulah dia attack akak tu. Panjang lagi cerita pasal akak tu,tapi malas la nak type. Kalau nak tau,jumpe aku jela. Hehe.

Then,masuk cite pasal famili. Teringat aku kat adik aku yang bongsu, Najmi . Sekarang dalam tingkatan 2. Dia ni, sangat2 loyar buruk~. Sampai cikgu dia sendiri bagitau kat mak aku yang Najmi ni bagus (dia ni ketua kelas), tapi selalu loyar buruk sket. Memang pun,kat rumah tak larat betul nak layan dia. Dahla selalu sangat sakat aku! Cikgu dia ni cerita kat mak aku, si Najmi ni pernah suatu hari cakap ngan cikgu tu macam ni.. "Kat rumah,ayah saya tiap2 hari beli surat khabar The Star. Ayah saya memang suka baca paper english sebab dia nak improve english dia. Mak saya pun selalu baca The Star tapi dia baca tajuk jer.." Kurang asam betul, tergelak2 aku dengar mak aku cite. Hampeh tol adik aku sorang ni~ Mak aku pulak,sabar je la sebab my mum memang lemah sikit english ni. Since dia ajar subjek sains,g elabah jugakla dia dulu masa sains kene diajar dalam english. Tapi setakat sekarang ni, alhamdulillah my mum leh survive la dalam language yang dia memang x fasih. Hehe.

Ok,mari sambung belajar Electrical Machine yang dari tadi cam hampeh je. Satu soalan pun aku tak dapat selesaikan dari tadi. Huhu.

May 03, 2008

54: Time waits for no one


Selamat Menyambut

Hari 'Final Exam' Sedunia

:P



Saya habis exam,22hb Mei lepas tu start internship 2 Jun di Petronas Carigali Sdn Bhd, KLCC. Jadik orang KL la pas ni.hehe. Ada banyak agenda menanti. Saya takkan sia2kan masa di KL macam tu jer.hihi. Kan filz kan?Tak sabar nak abes exam~~~4 papers more to go!



P/s : Teringat cerita psl didie order Slurpyy kat McD. Ahaha. Didie2~~ sgt lawak kot tuh~ :P
15 May 2008

May 02, 2008

53: Takdir


Bila mungkin hidup hampa dirasa
Mungkinkah hati merindukan Dia
Karna hanya dengan-Nya hati tenang

Damai jiwa dalam dada

Opick

April 28, 2008

52 : Taufan





Kau.
Datang sekali.
Namun tak pernah pergi.

Kau.
Hadir seketika.
Tapi tak bisa sirna.

Kau.
Menggamitku sebentar.
Buat aku gentar.

Kau.
Buat aku tertanya-tanya.
Benarkah detik hati ini.




Aku akan menunggu (atau sepatutnya mencari?) jawapan kepada persoalan-persoalan itu. Tuhan, tunjukkanku jalan.

April 27, 2008

51: Aku manusia yang lalai

Aku ingin mencintaimu dengan sederhana.
Dengan kata yang tak sempat diucapkan kayu kepada api yang menjadikannya abu.

Aku ingin mencintaimu dengan sederhana.
Dengan isyarat yang tak sempat disampaikan awan kepada hujan yang menjadikannya tiada.

(Sapardi Djoko Damono)


Cinta itu. Bilakah akan ku sampai padanya?

April 16, 2008

50 : A Tribute To My Bestest Friends!





















































































Kita memegang awan gebu di Langkawi
Kita jejaki sejarah silam Mahsuri di Langkawi
Kita meredah pacat-pacat rakus di hutan belantara, Pangkor
Kita renangi lautan luas melihat ikan-ikan jinak di Pangkor
Kita berbicara dengan ros mekar dan strawberi segar di Cameron
Kita menggigil menahan hawa dingin Cameron
Kita terus-terusan mencipta kenangan bersama di UTP



Kamu mengajarku erti jujur
Kamu mengajarku erti pengorbanan
Kamu menitipkan semangat setiap kali aku goyah
Kamu selalu ada saat suka dan duka
Kamu memberi warna dalam kanvas hidupku
Kamu memberi dahan untuk aku berpaut
Kamu memberiku ruang untuk merasa manisnya ukhwah
^__^


:: Moga ukhwah ini diberkati-Nya::
Syaza.Shima.Filzah.Tim.Farah.Didie. Kamu sahabat terbaik!
Kawan-kawan, selamat berjauhan selama 8 bulan lepas ni. Sebenarnya jarak yang jauh itulah yang akan merapatkan hati-hati kita kerana bila dekat, tiada rindu :)



April 14, 2008

49: Bintang

Aku ingin lari

Ke angkasa, bersama bintang
Jauh dari manusia

Aku ingin lari
Ke pulau tak berpenghuni
Ingin menyendiri

Aku ingin pergi
Ke kota Eropah
Tempat asing, tiada yang mengenaliku

Aku ingin pergi
Ke tanah tinggi
Jauh dari kekacauan dunia

April 01, 2008

48: Pulau Pangkor

Bila orang dah nak buat baik, tak perlu la kita nak pertikaikan,cakap apesal dulu tak nak buat? Apesal sekarang baru nak buat? Benda tu kita tak ada hak nak pertikaikan. Tahu tak kata2 sebegitu boleh membantutkan niat orang yang sedang cuba untuk berbuat baik?

Saya tahu awak ni alim,arif bab agama dan awak dah berkecimpung dalam perkara2 yang baik sejak dulu lagi. Alhamdulillah..tapi saya pelik kenapa awak boleh pertikaikan mengenai usaha orang lain yang berbuat kebaikan. Pedulikan niat dia. Sape awak nak nilai hati budi manusia?

Sekadar luahan hati.

March 20, 2008

47 : Critical hour

This must probably be one of my toughest time in UTP. It's 3.32 am and it is extremely weird for me, still awake. Baru lepas buat kek utk jamuan bersama pensyarah kami, Miss Illani. Sudah 3 kek sy ngn kwn2 bakar, tapi rsnye 1 pn x jadik. Aha. Boleh je makan,cume kurang jadik sbb kekurangan kelengkapan. Kurang ape lg? Pengetahuan or experience? No komen. hehe

Boleh plak aku stay up buat kek padahal byk keje x setel dan masalah dtg bertimpa2 plak tu. Program interaksi dengan mslh ajk nye..bygkan lg 2 mggu event,xde org nk jadik ajk aktiviti. Dah tu,aku yang kene carik sbbkan pengarah aku dh fedap agaknyer..erm kesian gak die je yg carik. Tapi mslhnye,aku xknl sgt bdk2 baru ni,klu nk amik budak2 kls UTP 11,ibarat menunggu buah yg xkan jatuh.betul ke x peribahasa ni.erm............pandai2la aku setel sok.

MOF ni pulak................elok2 dah kompem 74 org peserta,boleh plak tggal 68 je.tarik dr la,x jadikla,kakak kawen la.time nak gi MOF ni la,kakak die nak kawen.xleh carik tarikh len ke??mslh lg.xtau cmne,doa pengurus tempat tu x suruh byr tuk 74 org la.klu x,mampuih aku~~huhu.sok br leh surekan.

Dan my etp. ni lagi satu. x gerak2,ee part la. dah dpt stepper motor,tp kne wat programming lak.aku tgh berusaha hrp2 nye dpt setelkan..rs cam xmampu sbenanye tp xleh ckp cmtu,kne kuat n kne usaha lg kuat!

Ok,dah cukup senaraikan mslh.lega sket dpt luahkan sumthing.hehe.sbb aku xpenah luahkan mslh aku kt sape2. jap aku pk~yup sgt jarang.lgpun xtau nk luahkan kt sape..klu aku luahkan kt kwn2,kne timing btol,klu x kne gelak je nnt...

ok,stop here.kene tido,kang xbgn sok pg nk tolong miss illani..adoii mampu ke x.

March 19, 2008

46: Kerja


Rasa macam nak down,tensyen dan sebagainya. Tapi tak boleh. Kalau aku give up, camne dengan orang2 lain yang bekerja ngan aku? Kalau aku pun putus asa, alamat tak bergerak la banyak benda. Bajet orang penting r~~haha.


Tadi baru balik dari miting pertama program interaksi under PSSCM (Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia). 4 orang je ajk dpt dtg x termasuk hicom n penasihat, pastu rmi lak yg cancel jadik ajk last minute. Aku xdela bengang pn ngn sape2 sbb paham derang ni msti busy. Cume adela sedih sket sbb lambat sgt inform, kesian kat tuan pengarah,pening nak carik pengganti. Interaksi tinggal 3 mggu lg, MOF pulak 2 minggu lg. Balik2 je dr miting td, dua org teammate aku (Engineering Team Project) telah membuzz aku di gtalk,tanye psl circuit projek kitorg. Adoi,pening kepala eden, dahla br search sket je. Lagi satu hal, ETP ni x setel2.


okla,dari aku melalut x tentu pasal, baik aku baca psl servomotor yg akan digunakan utk projek tu nanti. sekarang memang waktu sgt2 kritikal utk aku.kene kuat! kalau aku xkuat, cmnela ngn program interaksi tu, department communication MOF and my beloved ETP. dah r aku org kuat utk ketiga2 event itu.cewahh~~~ :P



chaiyokk nad!!!

March 15, 2008

44 : The Colourful Malaysia

Politics. I might be the last person to know the hottest news but there is no other hot 'gossips' currently except regarding our beloved Malaysia's political issues. BN, PAS, PKR ad DAP.Dan di mana pendirian saya?

Mudah saja. Saya berdiri di bawah panji Islam, kebenaran dan keadilan. Islam kerana tanggungjawab kita sebagai Muslim - tiada kompromi, kebenaran kerana hanya yang benar saja layak diperjuang dan ditegakkan, serta keadilan untuk semua - rakyat berbilang kaum dapat disatukan andai keadilan menjadi tunjang.

By the way, kawasan saya, DUN Sungai Abong (Muar,Johor) sudah ditakluki PAS setelah cubaan demi cubaan sejak kemerdekaan Malaysia 50 tahun dulu. Inilah pertama kali PAS atau parti pembangkang dapat menembusi tembok BN yang dikatakan sangat kebal di Johor. Bayangkan ia berlaku di tempat saya. Agak bangga la jugak.. Bukan itu saja, PAS juga dapat bernafas lega di DUN Maharani (tempat mak dan abah sy membuang undi) serta dua lagi kawasan jatuh ke tangan DAP iaitu Bakri dan Bentayan. Jumlah semuanya 4 kawasan jatuh di tangan pembangkang (semuanya di Muar) dan sekaligus memecah rekod kekebalan Johor. Selain tu, boleh dikatakan majoriti undi wakil2 BN yang bertanding di Johor menurun dengan mendadak.Itu baru di tempat saya, Johor. Belum lagi masuk bab Perak, P.Pinang, dan Selangor. Apakah mesej yang ingin disampaikan rakyat Malaysia?

Lihat keputusan PRU kali ini dari sudut yang positif:

  • memberi pengajaran kepada pemimpin2 BN yang korup dan bekerja semata2 kerana pangkat dan duit
  • so that we'll see the tue colour of the opposition since they will be ruling for at least this 4 years
  • adakah gabungan PAS-PKR-DAP relevan?
  • bolehkah negeri2 di Malaysia terus maju dan makmur tanpa BN?
  • sbg ujian kepada perpaduan kaum di Malaysia.Siapakah pemimpin yg jujur mahupun tidak jujur dalam memperjuangkan integrasi kaum ini

The tsunami has ended but the drama has just began. Let us go through the tough part together and pray for our country's prosperity and peace.

[ Info : PAS pernah bertapak di Johor sebelum ini, di Senggarang namun itu bukanlah kemenangan hakiki kerana wakilnya menang tanpa bertanding. ]

March 05, 2008

43 : Opick - Tombo Ati

Tombo Ati iku limo perkorone
Kaping pisan moco Quran lan maknane
Kaping pindo sholat wengi lakonono
Kaping telu wong kang sholeh kumpulono
Kaping papat kudu weteng ingkang luwe
Kaping limo dzikir wengi ingkang suwe

Salah sawijine sopo iso ngelakoni
Mugi-mugi Gusti ALLOH nyembadani


Translation nyer..

Obat Hati ada lima perkaranya
Yang pertama baca Qur?an dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam perbanyaklah

Salah satunya siapa bisa menjalani
Moga-moga Gusti ALLOH mencukupi

________________________________________________
Saya sudah 'angau' dengan lagu2 Opick. Muzik yang simple, melodi yang menggetarkan hati, lirik yang amat2 indah, serta suara penyanyi yang macho! One more thing, semua lagu dia best. Semua!

42: Wondering..

I was wondering what to write about..thus ending up taking the word 'wondering' as the title of this entry.ehe. It's 4.43 am in the morning and I am doing Assignment I Electrical Machines. A nice subject,sounds like a boring one at the beginning.tapi sebenarnya best! Dan lecturer die best gak..

It has been 6 days I got this illness.. (sakit apa?ala.rahsia!) Tak kira,esok kena pergi klinik. Got to find out what's wrong with me.6 hari sudah terlalu lama,takut nak bagitau mak yg aku tak sehat2 lagi sebab mak dah suruh gi klinik dari dulu lagi. Padan muka tak nak dengar cakap mak!

Anggaplah sebagai kifarah dosa2 aku yang berbakul2 banyaknya..

February 25, 2008

41 : Kerajinan yang tiba-tiba

See my entries for the last few days. Compared to last few months, I'm updating too much maybe! Haha.. Why? Because I'm very BUSY right now. With ETP, MOF, lab reports, tests, pop-quizzes (x suke!) and last but not least.. Ujian Teori dan Praktikal Kelas Kemahiran (silat). And if you really know Miss Nor Nadiah , you knew this.

Semakin banyak keje bertimbun2, semakin banyak test dalam minggu tersebut, semakin banyak masa dia untuk perkara2 yg 'kurang' berfaedah seperti menulis blog dan menghantar komen di friendster.

February 23, 2008

40 : Irhamna

Jalan.

Ada satu jalan
Di hadapan, hujungnya tak pasti
Kiri kanannya ada bunga-bunga mekar
Lurus tidak berliku
Pohon-pohon hijau menyelusuri
Setiap penjuru


Ada satu lagi jalan
Bentangnya depan mata
Biar tak pernah tampak
Sebutir cahaya di hujungnya
Gelap-gelita pinggir laluan
Berbelok-belok, berpusing-pusing
Namun tersirat seribu rahsia
Di setiap penjuru


Hanya ada satu jalan
Kerana jalan yang satu lagi
Wujudnya tak pernah

39: Opick - Satu Rindu.

Hari ini aku jalan2 di alam 'cyber'. Terjumpa friendster sorang akak KISAS yg pernah jadik naqibah aku dulu. Then ada gambar ni kat friendster die,


Rindunyer kat sekolahku ni.....kawan2,cikgu2. Rase nak balik semula ke zaman sekolah dulu. Walaupun banyak yg aku belajar kt skolah dulu ,dah aku tinggalkan atau abaikan.isk2~

February 19, 2008

38 : Syahadatul Haq

Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lallu terheretlah aku dilorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi parah

Semalam sudah sampai kepenghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi kuulangi kembali
Gerak dosa menhiris hati

Tuhan dosaku menggunung
Taki rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi

Tuhan walau taubat sering kumungkir
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah kurapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaKu

November 04, 2007

37 : Bebas aku

Seperti burung aku ingin terbang.
Langit luas bukan halangan.
Ke bintang-bintang kutuju.
Bunga angkasa yang kurindu.
Biar patah sayap.
Biar lelah dadaku.
Tak kan sekali goyahkan.
Kerna aku sudah bebas.

Kejora,kau pasti kumiliki.

October 30, 2007

36 : Tulus

Once - Aku Mau

Kau boleh acuhkan diriku
Dan anggap ku tak ada
Tapi takkan merubah perasaanku
Kepadamu
Kuyakin pasti suatu saat
Semua kan terjadi
Kau kan mencintaiku
Dan tak akan pernah melepasku
Aku mau mendampingi dirimu
Aku mau cintai kekuranganmu
Selalu bersedia bahagiakanmu
Apapun terjadi
Kujanjikan aku ada
Kau boleh jauhi diriku
Namun kupercaya
Kau kan mencintaiku
Dan tak akan pernah melepasku
Aku mau mendampingi dirimu
Aku mau cintai kekuranganmu
Aku yang rela terluka
Untuk masa lalu

35: Of being strong

Hari ini 30 Oktober 2007 dan ini adalah entri saya yang pertama untuk bulan ini. That's sufficient to show how busy I am this month. With Hari Raya, assignments,projects,tests,quizzes,reports etc. So many things had happened and surely, I wont share all of them here. Haha. Only tonight I got 'mood' to type something. Just to make myself feel better. I know this pain wont heal. And it doesn't worth it at all for me to weep on it. Stupid I am. I know it from the beginning but nothing can stop me from thinking about it for almost evry breath I take. Kan bagus kalau aku mengingati Allah sebanyak itu. T_T


Nadiah, you must do your best for your final exam !!! Now just focus on that.

September 29, 2007

34: Masa yang berlalu

Pejam celik pejam celik, dah nak masuk Syawal dah. Dah nak masuk bulan Oktober. Masa terlalu pantas berlari. Tahun depan aku akan jadi 3rd year student then do my internship then become a final year student! Dah terasa sangat tua already.

- Apa yang aku dapat dan belajar selama hampir 3 tahun kat UTP ni?
- Adakah aku puas hati dengan apa yang aku capai hari ini?
- Is this what I wish to be?

There're a lot questions to answer. And I am so afraid to answer them coz I cant bear to see the results. Nad,nad,nad,nad. Allah masih memberi masa lagi untuk kamu berusaha mencari jawapan yang terbaik untuk setiap soalan di atas. Everything's in your hand!


P/s - Semoga keberkatan Ramadhan al-Mubarak ini memberikan sedikit tempias untuk hati yang kering kontang ini.

September 19, 2007

33: Cinta Hakiki

Amiiiin ya Rabbal 'alamiiiiin....

September 14, 2007

32: No Title

I really hate it to say this.
...
...
...
Argh, nobody's reading this blog anyway.
Errm..
Erm..
Nampaknya..........
aku dah jatuh hati.
Macam mana jatuh hati tu?
Erk. Susahnya nak terangkan.
Macam ni la.
You'll feel like your heart and mind are not with you anymore.
And I HATE it.
sigh

September 03, 2007

31 : Jauh.


Semakin dalam, semakin jauh pula.
Kadang-kadang.
Aku terlalu yakin.
Kadang-kadang.
Aku goyah.

Mungkin ini bukan kehendak-Nya.

Semakin dekat, semakin hatiku sakit.
Kadang-kala.
Terlalu kuat naluri itu.
Kadang-kala.
Terlalu pedih hakikat itu.

Mungkin aku bukan untuknya.
---------------------------------------------------------
Gambar di sebelah terlalu ceria untuk sajak ini.kalau
boleh digelar sajak la. Tapi tak pe,sejuk mata tengok
adik yang comel ni. Terubat hati :)

September 01, 2007

30 : Wau Cantek















Sekitar pertandingan
Wau Cantik sempena Independence Week'07
30 August 2007
Atas Kafe Lembaran V2,UTP
Group kitorg, kumpulan "Next year gi intern" dpt 4th place out of 8. Not bad,kan? hehe.
Credit to Shima selaku event manager yg bjaya. Congratz2 :)

August 26, 2007

29 : Something to ponder

"Sometimes people just dont understand. But sometimes too, understanding them is just enough."


-- Farah xcaye aku yang reka sendirik ayat neh. ahaha. aku kan jiwang~ --

August 24, 2007

29 : Antara Dua Cinta

Apa yang ada jarang disyukuri

Apa yang tiada sering dirisaukan

Nikmat yang dikecap baru kan terasa bila hilang

Apa yang diburu timbul rasa jemu

Bila sudah di dalam genggaman



Dunia ibarat air laut

Diminum hanya menambah haus

Nafsu bagaikan fatamorganadi padang pasir

Panas yang membahang disangka air

Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang

Dilihat ada ditangkap hilang



Tuhan.. leraikanlah duniaYang mendiam di dalam hatiku

Kerana di situ tidak ku mampu

Mengumpul dua cinta

Hanya cintaMu ku harap tumbuh

Dibajai bangkai dunia yang kubunuh


P/s- Lagu daripada Raihan.Lirik yang begitu indah.

28 : We ROQ~!

Rememberance Of al-Quds
21 August 2007
Kami bepakaian serba hitam besempena tarikh di atas. Teringat kata-kata Mr Grant Ellis, our EMT's lecturer sebaik saja kami masuk kelas," Why are you wearing all black?Are you going to kill me?". And he's joking. He's always like that. By the way, ROQ was not just about wearing black, at least I should be thinking of the suffering of Umat Islam in Palestin. Moga Allah mebuka jalan untuk aku menyumbang buat mereka dan Islam.

August 13, 2007

August 05, 2007

26 : Hanya kasih-Mu yang kudamba.

Semakin jauh ku dari-Mu
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku
Oh, Tuhan Yang Maha Pengasih
Siapalah diriku di pandangan-Mu

Semakin cuba ku dekati
Semakin kuat pula Kau mendugai aku
Oh, Tuhan Yang Maha Sempurna
Kerdilnya diriku di hadapan-Mu

C/O
Bagaimanakah nantinya tika berhadapan dengan-Mu
Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini
Ya Allah Kau Maha Pengampun

Di bayangan mentari aku kealpaan
Dusta dunia penuh kepura-puraan
Di kala dini hari aku kepasrahan
Mendamba jernih embun kasih sayang-Mu Oh Tuhan

Andainya dihitung amalanku
Belum pasti dapat ku hampiri gerbang syurga-Mu
Oh Tuhan Yang Maha Pemurah
Hindari diriku dari siksa-Mu? Oh Tuhan

Kasih sayang-Mu Tuhan
Itu yang ku dambakan
Dengan rahmat-Mu ampunilah diriku..
_________________________________________________
Ya Allah..
Maka benarlah
Bahawa hanya cinta-Mu yang hakiki
Bahawa selama ini aku alpa
Astaghfirullah
Astaghfirullah
Astaghfirullah

August 04, 2007

25 : This kinda feeling..

Who loves you?
No one.

I guess I should learn how to love myself first.

July 29, 2007

24: The Best KL's Moment Ever


Last Friday and Saturday, I'd had the best time ever in KL. I've been hanging out around KL since I'm 17 and sometimes I felt myself as part of it. Even I never spent so much time at my hometown,Muar as I did to KL.(yela,apa yang ada kat Muar kan..pekan kecil yang aman damai,indah dan permai). Yet, Muar is still the best place to settle down a family and live happily ever after~ (and Terengganu too~!) Ok2, forget about Muar and Terengganu. Let's focus on KL the best place for shopping spree.Hehe.



So on that Friday, 27.07.2007 (a beautiful date,kan?) off we went to KL with Filzah as the driver's of her Najah (blue satria) and me as co-pilot and Syaza,Tim and Shima as the 'penceria keadaan'.Hehe.The main purpose of me coming to KL all the way from Tronoh is to watch my abah's convocation day, must be the most precious day of his life. And for me myself, it was so great a day and it was damn much more than just watching my dad on stage receiving his holy certificate. There was a feeling that's hard to explain, a feel of proud and joy mixed with kinda feeling that made me wanna cry. It's just his great attitude and hard work through his study years touched my heart. Abah couldn't afford to study in university when he was young because of money matters.Now, in his late forties he finally received Bachelor of Education (Mathematics), his dream of 20 years back then. I'm really proud of you,abah!



Actually the best part is about me riding Putra and Star with my parents and Imi for the first time. And it was the first time experience for my parents. Like what my mum jokingly said to my friends, "Tak kesahla pegi mana2 pun,asalkan dapat naik LRT". Haha. Then, kami jalan2 ke Sogo, Jalan Masjid India and KL Sentral. I realized that my mum loved so much being in Masjid India, the colourful kain baju kurung and tudung impressed her and I remember her saying " Lawanya baju2 kat sini,lain dengan kat Tangkak. Sayangnya,baju raya semua mak dh beli,siap dah tempah."


Seronoknyer...alhamdulillah (^_^)~

July 25, 2007

23 : Mesej Yang Tidak Diduga

Sebentar tadi,sedang aku tengah duk bukak page kt friendster,saje tengok2 page member2..tiba2 henset aku berbunyik..Then,aku pn bace r,sapela bagi mesej mlm2 ni

"Nad.Teko (bukan nama sebenar) amek arab.dia ada kat
sni.haha.ensem!
-Shima-

Cis~~ tibe2 aku rase nak cekik2 je muka dia. Mesti derang tengah gelak2 dgn harapan aku akan jeles sbb aku asyik gelakkan derang je kene gi kls arab malam2. Lepas ni mesti derang lg semangat gi kelas tu. Huwaaaaaa saket ati..~~!!


tolong eh.mmg aku marah tp aku memang x jeles~~!!!! (berdebar nak tunggu derang balik dari kelas,mesti derang akn citer mcm2 nk wat aku jeles! Xpe,yang penting,aku nk cooolll je~~~) haha.adeyh..bilela nk jdk matured?

July 18, 2007

22 : Why love?


Love

You gave me thousands hope
When everything seems to fall apart

You brought to me happiness
But only a glimpse of it

You told me not to cry
When he walks away

You made me so nervous
Whenever he's around

You made others laughed at me
Hilariously

You made others mad at me
Seriously

You told me he's everything
When actually he's nothing

You scolded me when I feel like giving up
To love him

The worst is,
You made me thinking of nothing but HIM.

I Hate You So Much
.

love....that's why i hate you so much!

21: New


It's a brand new sem again. It's always good to be in the situation where the semester is about to begin because people used to think that we can start all over again at this time.It's like starting from zero. But just to feel good isn't enough. I have to work really hard so that the 'feel-good' will survive till the end of the semester which I never succeed before.


- positive thinking
- brave
- hardworking
- never care what people say as long as you are right
- matured ---> this is the hardest part (^_^")


This semester the world will see the brand new of me dignified with those mentioned above. Ahaha.. ops,I'm supposed to be serious..


Moga Allah permudahkan.


You Play it Cool
You're not in your face, smokin' hot... and it's all by design
You have a carefully crafted cool persona, leaving everyone wanting to know just a little more.