Disebabkan hari ni tiba-tiba terasa rindu pada kenangan lama di waktu sekolah, mulalah terasa nak berblog. Seriously,sudah sangat lama tak ada perasaan macam ni. Perasaan rindukan kenangan lama,nostalgia sewaktu menuntut di Kisas dan sebagainya. Sebab pada waktu itulah saya kira,perasaan saya paling penuh. Hati paling berisi. Mungkin orang tak faham, perasaan penuh? Hati berisi? Entah,saya pun tak berapa nak faham tapi saya rasa itulah frasa yang paling sempurna untuk menggambarkan rasa hati sekarang ini.
Terasa nak terbang balik ke zaman itu. Menjadi nadiah yang dulu. Yang begitu, bukan begini. Oh,itu sudah pasti mustahil.
January 17, 2011
118: Perasaan
November 10, 2010
117: Thing becomes things
Wow. Saya ada blog rupanya. Hurm.
Lately, setiap kali buat entri baru, saya akan berada di tempat baru dan suasana yg baru. Nak tunjukkan apa? Everything changes very fast or saya dah lama sangat tak update blog? Hehe
Now dah bekerja di tempat baru, syarikat baru tapi yang tak asing bagi saya. Sebab syarikat ni lah yg taja pengajianku selama 5 tahun di U*P plus kat sini jugak la saya buat praktikal selama 8 bulan.
Namun yang lainnya, bidang kerja sekarang ni sgt2lah menyimpang dari apa yg pernah dan selalu saya bayangkan. adela dalam 340 degree kadar penyimpangan tu. But it's OK. Ini yang saya pilih. So I dont and will have no problem with it.Yeah.Insya Allah.
Walaupun pernah mencuba untuk bertukar department, tapi gagal disebabkan seorang b*ss yang saya tak paham langsung apa yg bermain dalam fikiran dia.
Ok,cukup setakat ni. Jumpa di next entri, 5-6bulan lagi. :P
June 25, 2010
116: CSI
Tiba-tiba rasa macam " A'ahla..betul cakap mak.."
Tiba-tiba rasa macam " Betul la orang kata,cinta tu buta.."
Tiba-tiba rasa macam " Betul ke apa yang aku buat selama ni?"
Tiba-tiba rasa macam " Mampu ke aku nak handle semua lepas ni?"
Tiba-tiba rasa macam berbelah bagi..
Tiba-tiba rasa macam terlalu banyak ketidakpastian..
June 21, 2010
115: Title
I have so many things I want to do yet I got too little time left.
I end up not doing any of it.
Maybe, let's just go for it.
No need to think too much. Just go for it.
June 16, 2010
114: Lama
Lately, asyik pikir mana nak cari duit. Selain keje as engineer, buat part time as cikgu tusyen. Lepas tu ingat nak melabur kat Unit Trust. Tiba2 rasa duit tu berharga.
Sebabnya?
Sebab nak kahwin perlukan duit yang banyak. Haha. Sounds soo gatal kan? Sebenarnya bukan pasal kahwin je. Next selepas belajar, kita perlu fikir nak bina keluarga/kerjaya/kehidupan yang sempurna. Semua tu perlukan sedikit duit. Saya ulangi,sedikit. Sebab kalau tak ada duit langsung pun x boleh. Dan kita juga x perlu duit yg bertimbun2 sebab kebahagiaan bukan datang dari duit tu. Malah,duit yg "terlebih" selalunya mengundang lagi banyak masalah.
Jadinya, aku lebih senang dengan hidup yang sederhana, ada keluarga yang sempurna dan bahagia. Tenang,tanpa perlu memikirkan macam mana nak jadi kaya atau kerja yang teruk semata-mata kerana nak kaya/dapat pangkat tinggi.
Sesetengah orang hanya akan bahagia bila duit dia paling banyak antara org2 sekeliling dia atau bila dialah yang berpangkat paling tinggi. It depends.
Teringat kata-kata En R*zak, manager @ PCSB, " Masa muda2 kita semua akan berkobar2 utk kumpul duit. Tapi at one point,kita akan rasa duit yang melambak2 tu dah tak berguna" Mungkin itu kata-kata orang yang dah banyak duit :P But somehow,bila dipikir2kan balik, it's proven true.
June 09, 2010
113: Pelik dengan sesetengah manusia
Sahabat itu bagi aku, dia menjadi kawan kita setiap masa
Bukan pada masa-masa tertentu saja
Bukan pada masa yang dia nak saja
Bukan pada masa yang dia rasa dia nak saja
Bukan pada masa yang dia ada mood saja
Sahabat itu bagi aku, adalah seorang sahabat
Yang seboleh-bolehnya takkan sekali-kali menyakitkan hati sahabatnya yang lain
Maka aku pelik
Dengan sesetengah manusia yang kadang menjadi sahabat dan kadang hanya menjadi rakan biasa
Mampu berubah sekelip mata
Macam sumpah-sumpah
Aku pelik
Kerana aku tak mampu jadi begitu
June 04, 2010
112: The chaos
Lately, macam2 berlaku. Bayi dibuang,dicampak,dibunuh,ditinggalkan,diarkan dihurung semut,dibairkan digonggong anjing,ditanam dan macam2 lagi yang tak terfikir dek akal.
Kemudian, serangan Israel terhadap kapal misi bantuan utk rakyat Palestin. 10 org terbunuh padahal mereka tidak berniat langsung utk menyerang. Namun, ikmahnya, satu dunia membuka mata betapa kejamnya Israel laknatullah ni.
Ya Allah,berilah secebis keinsafan pada hamba-Mu di dunia akhir zaman ini...
May 13, 2010
111: Customer Service Engineer
Title di atas adalah job title sy. Hehe. Keje nye ialah do service improvement utk customer yg ade byk sgt problem. Kat company ni, service yg disediakn : telephone line, broadband, leased line, metro ethernet, ISDN dan byk lg. Ade dlm hundreds product. Sakit pale jgk nak handle sume, since aku dlm dept ni, kene tau sume bnde. Tu yg payah sikit.
Skrg ni tgh tlampau byk keje. Wiken ni kompem kene bergelumang dgn excel, have to go through thousands of data. Huu.
But still, my plan with kwn2 tersayang will proceed. Nak makan2 (blanje by me n ecah) pastu mybe tengok movie kot.Dah lame xkuar bsame mereka~ Syaza pulak dtg sini harini and she would stay the whole weekend la kot. Lama sgt xjmpe my ex-roomate ni, xsbr nk jmpe die :)
P/s- semalam sy,didie n ecah pegi round2 around TTDI, carik pusat tuisyen sbb nak jadik cikgu tusyen,as part time la kunun. then ada sorg cikgu ni ckp, 'zmn skrg gaji tinggi2 pn mane cukup kan, kene jugak buat part time' haha. sound baik punya tuh.pastu seb bek didie jwb 'btol, tp kitorg sbenanye bosan duk umah, mlm2 xde keje n bile lg nk menyumbang kt msyrkt kn' haha.btol tu didie!! :)
May 07, 2010
110 : So Long
Dah lama amat x update blog ni. Sekarang macam2 dh berlaku,macam2 dah berubah. I would like to highlight few things in 2010:
- sempat menganggur dlm 2 bulan lebih, belajar buat kek oh sungguh seronok; kek coklat,oren,pandan n pisang.hehe (xsempat nk blaja buat cheese cake.adeh)
- sempat bekerja sebulan lebih kat Ec*nsave Muar, very thoughtful memories n experience :)
- skrg kerja kat Shah Alam, in telecommunication industries.looking forward to stay few more years in this field (klu xkene panggil ngan my beloved P*TRON*S la)
- am very impressed with this company, the CEO, the people and the energy they have
- gone thru few ups and downs with few friends of mine. kali ini aku nak diamkan diri je, i think now it's up to that person since we had try our best for the best of us.mungkin sekarang dah xperlu berusaha lagi.biar masa yang tentukan.
Will be telling more about my company =)
February 10, 2010
109 : Menunggu kerja jatuh dari langit
Today,nothing interesting. Still kat rumah yang sama, di daerah yang sama (Muar), membuat rutin yang sama : bangun tidur lebih kurang pukul 10 pagi, tengok tv kejap, sediakan bahan2 untuk masak,kemas dapur,masak sambil tengok wanita hari ini,kemas dapur lagi,tengok tv sambil tunggu mak balik rumah. Kadang2 rutin itu diselitkan dengan sapu sampah,basuh baju dan sebagainya. Boring tak?
However, kadang-kadang aku selitkan sesuatu agar hari-hari yang berlalu sepanjang pengangguran aku di rumah ni takla terlalu bosan. Contohnya, semalam aku buat puding roti. Agak nyummy, mak ngan abah suka nampaknya. Hehe. Walaupun setiap hari kita buat benda yang sama, itu tak bermakna hidup kita ni membosankan dan tak ada nilai. Kita boleh cipta sesuatu agar hari yang berlalu itu mempunyai nilainya yang tersendiri atau memori yang tersendiri supaya ia berbeza dengan hari-hari yang lain. Mungkin kita membuat rutin yang sama,namun kita berusaha memperbaikinya pada setiap hari mendatang. Contohnya,kalau hari-hari kita masak nasi, pada dasarnya memangla masak nasi tu sangatla bosan sebab kita buat hari-hari. Tapi apakata hari ini kita bermotivasi untuk masak nasi yang lebih baik? Mungkin nasi semalam agak lembik,jadi hari ini misi kita nak improve nasi yang dimasak itu. Jadi,kita akan dapat sesuatu walaupun nampak macam kita buat benda yang sama je. Dan untuk aku, aku pilih untuk masak mi sekali sekala bagi menggantikan nasi. Boring jugak hari-hari makan nasi kan? Dan kadang-kadang aku tak masak, mak beli nasi ambang kat sekolah tempat dia kerja. We have our own unique ways to brighten up our days,rite?
Mari bersemangat untuk menjalani kehidupan seorang penganggur! I'm sure will miss these daysssss of no responsibilities, no worries, no workloads and no boss/exams. Wee~
February 07, 2010
108 : Respect
It's almost two months since the last time I wrote something here. I can give some good reasons for that :
Firstly, I am too busy finishing my study in UTP back in December 2009
Secondly, I dont know what happen to the old me who love to blog, I knew she
had gone somewhere else but I couldnt expect whether she will come back or not
Thirdly, I rarely get mad and I dont have time to get mad to someone/something
(I used to use blog as 'tempat melepaskan perasaan marah/geram)
Fourthly, I forgot that I have a blog
I think those four reasons are reasonable enough. It's not an excuse by the way. Today I felt like writing because of sudden thing that makes me feel mad. Really mad. It's hard for me to feel mad at someone/ something but this one is really damn good at doing that. (Sabar2) Actually deep inside, it feels more like sadness than madness.
Selama kita berkawan dalam jangkamasa yang agak lama ni, aku tak pernah menyangka yang aku ni tak pernah ada nilai dalam hidup dia. Aku rasa yang selama ni aku hanya satu fasa dalm hidup dia yang tak ada kepentingan langsung, yang dia nak lupakan sebab tak ada apa yang patut dia ingat. Aku pernah ada kawan rapat,sangat rapat macam adik beradik tapi sekarang kami dah hampir sedekad tak bertemu hanya kerana masa dan keadaan tak mengizinkan kami untuk menjadi rapat seperti dahulu. Tapi kami masih berkawan, masih berhubung sekali sekala, masih mendoakan antara satu sama lain. Kerana apa? Atas dasar apa? Kerana kami sedar, kami berkongsi satu persamaan; iaitu aku dan dia pernah menempuhi hidup ini bersama-sama walaupun terlalu sekejap masa itu, namun hakikatnya kami berkongsi pengalaman yang sama. Bukankah itu saja sudah cukup untuk kita menghargai seorang kawan yang ikhlas? Mungkin kita sudah agak kabur apa yang kawan kita pernah sumbangkan untuk kita, namun sedarkah kita yang pada waktu itu dia/ merekalah yang berada di sisi kita?
Aku akur kalau dia mahu mendiamkan diri,melupakan, membuat tak tahu dan sebagainya kerana aku cuba untuk faham yang dia ada sebab sendiri untuk berbuat begitu. Aku cuba untuk terima tindakan itu walaupun aku tak paham langsung apa yang bermain dalam fikiran dia. Namun, adalah amat menghiris hati ini bila dia dengan selambanya memberitahu seluruh dunia bahawa kami yang pernah menjadi kawan-kawannya ini hanyalah sampah yang secebis pun tak pernah memberi kesan/ efek dalam hidup dia. Dia sangat rimas dan rasa mahu lari sejauh-jauhnya dari kami. Hanya kerana dia merasai kami bukanla sahabat yang baik. Aku merasa sangat terhina dan merasa seperti seorang yang terhegeh-hegeh untuk berkawan dengan dia. Terima kasih kerana memberi kesedaran itu.(Itu yang aku paham dari apa yang dia sampaikan, kalau salah maafla, bermakna mesej kamu tu kabur atau mengelirukan atau tak cukup laser)
Ok,i'm tired.
November 21, 2009
November 15, 2009
105: Hari Yang Indah
Kenapa manusia selalu berselisih faham? Sebab masing-masing punya fikiran yang berbeza, malah hati, emosi, dan perasaan masing-masing yang unik dan tersendiri. Perbezaan jadi lebih ketara antara lelaki dan perempuan.
Kalau aku sakit hati dengan kamu, aku jadi sangat tidak keruan. Hati pun tak tenang. Namun kita selalu dapat cari jalan untuk selesaikannya. Dan selalunya, aku jadi lebih memahami diri sendiri. Dan selalunya, aku jadi lebih sayang pada kamu.
Moga Allah permudahkan segalanya.
104: Hati
Kadang-kadang aku terfikir
Di manakah silapnya
Mungkin sebab aku selalu lupa
Pada Tuhan yang menganugerahkan segala-galanya
Mungkin sebab aku sentiasa alpa
Yang ia bukan segala - galanya
Mungkin sebab aku terlalu leka
Pada sesuatu yang tidak pasti
November 11, 2009
103:Ku ukir namamu
Kadang-kadang aku jadi keliru

November 08, 2009
102: It's still here
Sometimes there are things I wish I would do and I think I should do, but I dont know, maybe the passion is gone. And at the end of the day, menyesal tak sudah!
Some of the passion I used to have not-so-loong time ago but now, it kind of dripping away ;
- read and surf internet about astronomy. tengok gambar2 menakjubkan galaksi, bintang, planet, aurora (that's when this blog got its name.ehe) , komet dan macam2 lg ciptaan Tuhan yang sangat2 indah
- writing. sudah semakin pudar dari hari ke hari. but i believe it's still there :)
- muzik. saya sudah lama tidak mendengar dan menghayati lagu. sudah lama tak mendengar dan mencari lagu2 baru yg sedap dan kena dgn jiwa.
- dreaming about my soulmate. of course la its a past tense coz I've found mine insya Allah :)
- reading - omg, bile the last time aku baca buku (tak termasuk buku berkaitan ngan pelajaran k)?hurm...serius tak ingat!
And some of the "angan yg masih tak tercapai" :
- lepak2 kat library UTP yg sgt besar tu, dan habiskan masa berjam2 baca not-engineering-related books
- pinjam dan habiskan ensiklopedia2 (science,art,history and etc.) kat library tu,rugi woo tak baca.bile lagi nk dapat peluang camni
- round2 UTP naik basikal di kala petang yang redup dan berangin
- gi jungle trekking / camping
- jalan2 cari makan di Perak bersama kawan2 terchenta, kena rasa semua makanan2 di Perak ni.hehe (food-my another passion yg still utuh sampai sekarang.aha)
- bawak my family round2 UTP ngn Perak. bile the last time diorang datgan sini ye?erm tak ingat..dah lame sangat
- bawak someone makan alabama fries kat UTP.hehe
** dah nak grad baru nak buat, biasa la tuh. dah takde barula nak appreciate,kan?
October 24, 2009
101: Something
Today.
I am a strong woman
I tell myself everything I want is not everything I need
Anything I dont want is sometimes what I need
Get rid of the past
And move on
I certainly can do it
I certainly can forget everything that hurts
And today.
I lied to my face
October 20, 2009
October 02, 2009
100 : Akar
Lama sungguh blog ni aku tinggalkan. Pejam celik,pejam celik dah entri ke-100 rupanya walaupun update kadang-kadang je. Dah 100 entri, tapi isinya? Macam kosong je. Minta maafla kepada siapa yang membaca blog ni sebab lebih banyak berkisar pasal diri aku dan perkara2 yang kurang/tiada faedah.
Dan pada pukul 4.25 pagi ni, aku sedang menaip sesuatu walaupun tak pasti apa sebenarnya yang nak disampaikan. Sudah lama aku tak berjaga awal pagi seperti ini,dulu ini adalah kebiasaanku. Tidur seawal pukul 9 atau 10 malam,kemudian bangun pada pukul 3 pagi untuk siapkan kerja2 yang selalunya last-minute work. Hehe. Pada masa awal2 pagi ni la masa yang paling efektif nak buat apa kerja sekalipun, fokus aku paling tinggi waktu ni pada masa orang2 lain tengah nyenyak tidur. Sebenarnya,aku memang sangat2 fokus kalau buat kerja, sampai member2 selalu takut nak kacau :P Kalau aku buat kerja sambil tengok filem atau dengar lagu atau sambil bersembang, maknanya aku tak buat kerja la tu, tu aku tengah survey2 je ape keje yang kene buat :P
Okla,banyak jugak dah taip. Cukupla sekadar nak taip something kat sini. Hehe. Btw,sekarang tengah sangat busy dengan FYP, projek2 yang melambak, report2, assignment dan kerja2 untuk proposal master. But still, aku masih boleh rilek2 macam masa foundation dulu. Bila la aku nak rasa cemas ni? Risau pulak.
| You Play it Cool |
|
You have a carefully crafted cool persona, leaving everyone wanting to know just a little more. |