November 21, 2009

107: Dugaan

External hard disk hilang.. x sure kat mane..maybe tertinggal kat kafe

Aku risau

November 15, 2009

106: Jika

"Bila mungkin hidup hampa dirasa
Mungkinkah hati merindukan Dia.."
Opick

105: Hari Yang Indah

Kenapa manusia selalu berselisih faham? Sebab masing-masing punya fikiran yang berbeza, malah hati, emosi, dan perasaan masing-masing yang unik dan tersendiri. Perbezaan jadi lebih ketara antara lelaki dan perempuan.

Kalau aku sakit hati dengan kamu, aku jadi sangat tidak keruan. Hati pun tak tenang. Namun kita selalu dapat cari jalan untuk selesaikannya. Dan selalunya, aku jadi lebih memahami diri sendiri. Dan selalunya, aku jadi lebih sayang pada kamu.

Moga Allah permudahkan segalanya.

104: Hati

Kadang-kadang aku terfikir
Di manakah silapnya
Mungkin sebab aku selalu lupa
Pada Tuhan yang menganugerahkan segala-galanya
Mungkin sebab aku sentiasa alpa
Yang ia bukan segala - galanya
Mungkin sebab aku terlalu leka
Pada sesuatu yang tidak pasti

November 11, 2009

103:Ku ukir namamu

Kadang-kadang aku jadi keliru

Manusia memang boleh berubah menjadi apa sahaja dalam sekelip mata
Baru aku tahu
Ada beza antara kawan dan sahabat
Antara sahabat dan gang
Ada beza rupanya


Kepada kawan dan sahabat aku, kita bersama hampir 5 tahun atau kurang dari itu,
Dan masa yang tak pernah berhenti berdetik ini
Semakin suntuk
Kita pasti masing-masing ke fasa yang berbeza
Tidak mungkin lagi untuk berkepit ke mana-mana


Dan aku masih berfikir
....

Mampukah aku berdiri tanpa kamu semua nanti?

November 08, 2009

102: It's still here

Sometimes there are things I wish I would do and I think I should do, but I dont know, maybe the passion is gone. And at the end of the day, menyesal tak sudah!

Some of the passion I used to have not-so-loong time ago but now, it kind of dripping away ;

- read and surf internet about astronomy. tengok gambar2 menakjubkan galaksi, bintang, planet, aurora (that's when this blog got its name.ehe) , komet dan macam2 lg ciptaan Tuhan yang sangat2 indah
- writing. sudah semakin pudar dari hari ke hari. but i believe it's still there :)
- muzik. saya sudah lama tidak mendengar dan menghayati lagu. sudah lama tak mendengar dan mencari lagu2 baru yg sedap dan kena dgn jiwa.
- dreaming about my soulmate. of course la its a past tense coz I've found mine insya Allah :)
- reading - omg, bile the last time aku baca buku (tak termasuk buku berkaitan ngan pelajaran k)?hurm...serius tak ingat!

And some of the "angan yg masih tak tercapai" :

- lepak2 kat library UTP yg sgt besar tu, dan habiskan masa berjam2 baca not-engineering-related books
- pinjam dan habiskan ensiklopedia2 (science,art,history and etc.) kat library tu,rugi woo tak baca.bile lagi nk dapat peluang camni
- round2 UTP naik basikal di kala petang yang redup dan berangin
- gi jungle trekking / camping
- jalan2 cari makan di Perak bersama kawan2 terchenta, kena rasa semua makanan2 di Perak ni.hehe (food-my another passion yg still utuh sampai sekarang.aha)
- bawak my family round2 UTP ngn Perak. bile the last time diorang datgan sini ye?erm tak ingat..dah lame sangat
- bawak someone makan alabama fries kat UTP.hehe

** dah nak grad baru nak buat, biasa la tuh. dah takde barula nak appreciate,kan?

October 24, 2009

101: Something

Today.
I am a strong woman
I tell myself everything I want is not everything I need
Anything I dont want is sometimes what I need
Get rid of the past
And move on

I certainly can do it
I certainly can forget everything that hurts

And today.
I lied to my face

October 20, 2009

I feel really sad..

October 02, 2009

100 : Akar

Lama sungguh blog ni aku tinggalkan. Pejam celik,pejam celik dah entri ke-100 rupanya walaupun update kadang-kadang je. Dah 100 entri, tapi isinya? Macam kosong je. Minta maafla kepada siapa yang membaca blog ni sebab lebih banyak berkisar pasal diri aku dan perkara2 yang kurang/tiada faedah.

Dan pada pukul 4.25 pagi ni, aku sedang menaip sesuatu walaupun tak pasti apa sebenarnya yang nak disampaikan. Sudah lama aku tak berjaga awal pagi seperti ini,dulu ini adalah kebiasaanku. Tidur seawal pukul 9 atau 10 malam,kemudian bangun pada pukul 3 pagi untuk siapkan kerja2 yang selalunya last-minute work. Hehe. Pada masa awal2 pagi ni la masa yang paling efektif nak buat apa kerja sekalipun, fokus aku paling tinggi waktu ni pada masa orang2 lain tengah nyenyak tidur. Sebenarnya,aku memang sangat2 fokus kalau buat kerja, sampai member2 selalu takut nak kacau :P Kalau aku buat kerja sambil tengok filem atau dengar lagu atau sambil bersembang, maknanya aku tak buat kerja la tu, tu aku tengah survey2 je ape keje yang kene buat :P

Okla,banyak jugak dah taip. Cukupla sekadar nak taip something kat sini. Hehe. Btw,sekarang tengah sangat busy dengan FYP, projek2 yang melambak, report2, assignment dan kerja2 untuk proposal master. But still, aku masih boleh rilek2 macam masa foundation dulu. Bila la aku nak rasa cemas ni? Risau pulak.

September 13, 2009

99: Oh

sH*M:
oic
nad
nad
nad
nad
nad
nad
nad
nad
nad
nad
nad
nad
nad
nad
nd
nad
nad
nad
nad
nAd:
yeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee
pe
sH*M:
saya suke tomok
ahhahahaha
nAd:
hahhahhaha
nice
i ilke that
i love tomok tu
*too
sH*M:
hoi
banyak cantik
xbley2
nAd:
lagu die best
hahhahaha
sH*M:
hahahhaa
kuang ajoooo
nAd:
kih3!!
kuat cemburu btol
hehehe
sH*M:
hahaha
mesti aa
haha
aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

___________________________________________________
Macam mana nak tolong kawan saya yang tengah angau ni?

P/s: Tengah angau gak ni!! Angau kat nasi goreng sotong, beef steak,mee rebus,mee bandung muar,mee udang banjir, ikan siakap 3 rasa, ikan siakan masak kerabu, sotong kerabu, ketam masak lemak, ayam goreng petai. urghh~~

August 29, 2009

98: Poyo?

Someone said I'm not as 'poyo' as before, at least in blogging. In real life, I dont think I have changed anyway. Is it a good or bad sign? Maybe I am becoming matured? Hehe. Not matured yet, but I'm coming to it. "Budak Master la katekan" bak kata Cik Husna Hamidon :P

Anyway, blom amik Master lagi diorang dah panggil aku budak Master skrg ni. Padahal baru je bercadang nk melanjutkan pelajaranku. (Padahal dah kompem sebenanya :P)

Macam poyo je entri ni kn? Sape tadi cakap aku dah x poyo. Ish2

August 23, 2009

97:Master

Harini terasa nak bercerita. Mungkin sebab baru lepas tengok gambar aku dan kawan-kawan masa kat Maahad Muar dulu, gambar lama, tapi kawan aku baru postkan dkt facebook. Rasa rindu pulak kat zaman sekolah2 dulu terutamanya kat Maahad la. Sebab kehidupan sebagai seorang pelajar Maahad (dari Form1 - Form3) memang penuh ngan pahit, manis, hitam, putih, kelabu dan macam2 la. Aku pernah jadi seorang 'top student', 'budak skema', 'pengawas yg hampeh' dan juga termasuk dalam kumpulan yang dipanggil 'geng otai'. Haha, nak tergelak pun ada bila teringat betapa taksubnya aku melanggar peraturan2 sekolah masa jadik geng otai tuh.

Boleh dikatakan semua peraturan yang ada aku dah pernah langgar, contohnya; ponteng prep petang, outing tanpa kebenaran, ponteng prep malam, ponteng roll-call, pecah masuk dewan makan waktu malam sebab nak masak nasik goreng,ponteng perhimpunan pagi, ponteng kelas juga tidak terkecuali, dan banyak lagi kot. Dah hampir lupa dah. (Cis, kena ingat balik ni,sayang kalau lupa!) Kalau kesalahan2 kecik macam xlipat tudung,lipat lengan baju,xpakai stokin, dan sebagainya tu xpayah cakapla; x otaila beb kalau xbuat semua tu. Haha. Mesti ramai x sangka yang aku ni macam ni. Hakikatnya, itulah aku pada zaman sekitar tahun 2000-2003. Masa tu jela. Sekarang I dah insaf k. Dah lama x buat kerja2 mcm tu. Rindu betol kat geng2 otai tersebut ~ Mas (my nickname ms zaman itu), Eica, Azah, Wanie, Baie, Eman, Shasha, Biha, Apid, Hana, Fadh dan sape lagi ek? Aku rase ade 13org geng2 kami. Hehe.

Teringat saat kena denda ketuk ketampi depan aspura, kena prep malam dekat dataran asrama dengan berbaju batik gara2 ponteng prep petang. Malu kot masa tu~ siap kena buat karangan "Kepentingan Prep Petang" (Hahahha,lawak gile kalau ingat balik). Pasal karangan ni memang aku xboleh lupa. Sebabnya, karangan aku fail sehinggakan aku terpaksa 'repeat'. Kenapa aku fail? Antara isi2 yang aku tulis, Kepentingan prep petang ialah; 1) Boleh merehatkan minda untuk tido,2) sebagai wadah berkongsi maklumat2, gosip dan tempat mengumpat yang paling efektif dan juga 3) tempat untuk mencuci mata. Daring sungguh aku pada masa itu, cewah. Haha,padan muka kena rewrite esei tersebut. Kih3. Kitorang kantoi prep petang ni pun sebab kitorang dengan selambanya mundar-mandir di aspuri untuk basuh baju, padahal masa tu semua orang kat sekolah sebab ada prep petang! Macam mana la aku boleh seselamba itu?

Dan yang aku paling xboleh blah, semua kesalahan2 itu aku lakukan di saat aku bergelar seorang PENGAWAS. Hehe. Tak malu betol kan~ Nasib baik sekarang ni jadik manusia gak la,kalau tak,haih~ Ape2 pun, aku bersyukur pernah merasa semua tu, sekurang2 nya ada jugak kenangan yang boleh buat aku tersenyum :)


Gambar ni diambil masa tahun 2002 (kalau x silap la). Carikla aku yang mane.Hehe.

96: Oh I hate this kind of feeling

:(

August 22, 2009

95: 1 Ramadhan 1430H

Semoga Ramadhan ini mengukuhkan Cinta- cinta yang ada.
Terutamanya Cinta Yang Satu itu.
Selamat Berpuasa dan Beribadat semua :)

July 23, 2009

94:One and a half year more to go


I will be fine. (Hopefully)


_________________


Dah lame rupanya x update blog, lately agak busy dgn kehidupan sebagai final year final sem student sampaikan mood untuk menulis dah tenggelam bersama ke'busy'an itu. Ceh,poyo je padahal ade je masa untuk tengok movie, main facebook..Hehe. Entahla, mungkin sebab dah kurang 'perasaan' or maybe takde langsung. Dulu aku rancak menulis sebab hidup ni penuh ngn 'perasaan', tu yang aku berkobar2 menulis to express my feelings, opinion and etc. Haha. Complicated betul. Dah lame x tulis blog pun boleh ade sebab yg Complicated mcm ni.
Gambar kat bawah ni saje nak letak. Mase ni convofair tahun bape ntah, year bape pn xsure tapi yg penting kitorg still muda lagi la (skrg pun muda ok). Baru dpt gambar2 lame dari shima since haritu pc format, dah xsimpan sume gambar2.

Sem ni last leh spend masa camni ngan korang.Uhu.

May 27, 2009

93: Kosong

Saat-saat begini, aku begitu merindui kawan-kawan, suara gelak tawa diorang yang tak jemu2 mengenakan antara satu sama lain. Hehe. Dan aku rindu sangat2 famili yang dah lama sangat tak jumpa. Memang, ada dia yang meneman, terima kasih :). Tapi aku sedar, hidup ini takkan lengkap tanpa mereka semua.

2 hari lagi dan aku perlu TABAH.
Ya Tuhan, permudahkanlah urusanku.Amiin.

May 05, 2009

92: Women

They're complicated. Believe me or not. Sometimes, I dont even understand myself. Why I did this, why I did that, why I felt this way and why I felt that way. Sometimes, thing as small as an ant can be as big as an elephant, at a specific moment and situation. Sometimes I can be mad at almost anything. Sometimes I can feel sad because of a really stupid thing. And sometimes, I can feel nothing at all.

Is that sounds complicated enough?Hehe.

P/S: Just my opinion. Not all women are like that.Hehe.

May 04, 2009

91:No more presentation

Just finished my Final Year Project's oral presentation. Alhamdulillah. Yeayy,sudah boleh study dgn tenang :)

May 01, 2009

90: Datagram

"What I see in you Nadiah it that you are such a lifeless person", said Dr Sumathi. "Dont you think so?" Now she asked my friends and they just laughed their heads out. Grrr,siapla korang!

" You are such a person who will stay calm and cool, let say there is a bomb exploded next to you... Your presentation's content was good but all that you need is to be more passionate and enthusiastic. Your presentation was persuasive enough but you yourself is not persuasive " Yeah, I've heard this before. Heartless, senseless, now lifeless. Hehe. I just smile to her, that's me Dr. Maybe I can change but I need time. Hehe.


"However, you did improve a lot since your first presentation."

Thank you Dr Sumathi, my Professional Communication Skill's lecturer. You're such a wonderful lecturer. Eventhough PCS seemed to be the most stressful class at first with 4 presentations, at last it emerged to be my best class in this semester or perhaps during my study in UTP. I learned to build up my confidence and communication skill and I managed to overcome my fear and nervousness! Thanks to such a wonderful lecturer and classmates :)

Fear of PCS class? Make it enjoyable, participate in every activity and think that everyone is learning, so there's no harm of making mistake,right? Forget about afraid of not getting good grades, just do the best to improve ourselves. Hehe. All da best sapa2 yang bakal amik PCS :)


You Play it Cool
You're not in your face, smokin' hot... and it's all by design
You have a carefully crafted cool persona, leaving everyone wanting to know just a little more.