February 10, 2010

109 : Menunggu kerja jatuh dari langit

Today,nothing interesting. Still kat rumah yang sama, di daerah yang sama (Muar), membuat rutin yang sama : bangun tidur lebih kurang pukul 10 pagi, tengok tv kejap, sediakan bahan2 untuk masak,kemas dapur,masak sambil tengok wanita hari ini,kemas dapur lagi,tengok tv sambil tunggu mak balik rumah. Kadang2 rutin itu diselitkan dengan sapu sampah,basuh baju dan sebagainya. Boring tak?

However, kadang-kadang aku selitkan sesuatu agar hari-hari yang berlalu sepanjang pengangguran aku di rumah ni takla terlalu bosan. Contohnya, semalam aku buat puding roti. Agak nyummy, mak ngan abah suka nampaknya. Hehe. Walaupun setiap hari kita buat benda yang sama, itu tak bermakna hidup kita ni membosankan dan tak ada nilai. Kita boleh cipta sesuatu agar hari yang berlalu itu mempunyai nilainya yang tersendiri atau memori yang tersendiri supaya ia berbeza dengan hari-hari yang lain. Mungkin kita membuat rutin yang sama,namun kita berusaha memperbaikinya pada setiap hari mendatang. Contohnya,kalau hari-hari kita masak nasi, pada dasarnya memangla masak nasi tu sangatla bosan sebab kita buat hari-hari. Tapi apakata hari ini kita bermotivasi untuk masak nasi yang lebih baik? Mungkin nasi semalam agak lembik,jadi hari ini misi kita nak improve nasi yang dimasak itu. Jadi,kita akan dapat sesuatu walaupun nampak macam kita buat benda yang sama je. Dan untuk aku, aku pilih untuk masak mi sekali sekala bagi menggantikan nasi. Boring jugak hari-hari makan nasi kan? Dan kadang-kadang aku tak masak, mak beli nasi ambang kat sekolah tempat dia kerja. We have our own unique ways to brighten up our days,rite?

Mari bersemangat untuk menjalani kehidupan seorang penganggur! I'm sure will miss these daysssss of no responsibilities, no worries, no workloads and no boss/exams. Wee~

February 07, 2010

108 : Respect

It's almost two months since the last time I wrote something here. I can give some good reasons for that :

Firstly, I am too busy finishing my study in UTP back in December 2009
Secondly, I dont know what happen to the old me who love to blog, I knew she
had gone somewhere else but I couldnt expect whether she will come back or not
Thirdly, I rarely get mad and I dont have time to get mad to someone/something
(I used to use blog as 'tempat melepaskan perasaan marah/geram)
Fourthly, I forgot that I have a blog

I think those four reasons are reasonable enough. It's not an excuse by the way. Today I felt like writing because of sudden thing that makes me feel mad. Really mad. It's hard for me to feel mad at someone/ something but this one is really damn good at doing that. (Sabar2) Actually deep inside, it feels more like sadness than madness.

Selama kita berkawan dalam jangkamasa yang agak lama ni, aku tak pernah menyangka yang aku ni tak pernah ada nilai dalam hidup dia. Aku rasa yang selama ni aku hanya satu fasa dalm hidup dia yang tak ada kepentingan langsung, yang dia nak lupakan sebab tak ada apa yang patut dia ingat. Aku pernah ada kawan rapat,sangat rapat macam adik beradik tapi sekarang kami dah hampir sedekad tak bertemu hanya kerana masa dan keadaan tak mengizinkan kami untuk menjadi rapat seperti dahulu. Tapi kami masih berkawan, masih berhubung sekali sekala, masih mendoakan antara satu sama lain. Kerana apa? Atas dasar apa? Kerana kami sedar, kami berkongsi satu persamaan; iaitu aku dan dia pernah menempuhi hidup ini bersama-sama walaupun terlalu sekejap masa itu, namun hakikatnya kami berkongsi pengalaman yang sama. Bukankah itu saja sudah cukup untuk kita menghargai seorang kawan yang ikhlas? Mungkin kita sudah agak kabur apa yang kawan kita pernah sumbangkan untuk kita, namun sedarkah kita yang pada waktu itu dia/ merekalah yang berada di sisi kita?

Aku akur kalau dia mahu mendiamkan diri,melupakan, membuat tak tahu dan sebagainya kerana aku cuba untuk faham yang dia ada sebab sendiri untuk berbuat begitu. Aku cuba untuk terima tindakan itu walaupun aku tak paham langsung apa yang bermain dalam fikiran dia. Namun, adalah amat menghiris hati ini bila dia dengan selambanya memberitahu seluruh dunia bahawa kami yang pernah menjadi kawan-kawannya ini hanyalah sampah yang secebis pun tak pernah memberi kesan/ efek dalam hidup dia. Dia sangat rimas dan rasa mahu lari sejauh-jauhnya dari kami. Hanya kerana dia merasai kami bukanla sahabat yang baik. Aku merasa sangat terhina dan merasa seperti seorang yang terhegeh-hegeh untuk berkawan dengan dia. Terima kasih kerana memberi kesedaran itu.(Itu yang aku paham dari apa yang dia sampaikan, kalau salah maafla, bermakna mesej kamu tu kabur atau mengelirukan atau tak cukup laser)


Ok,i'm tired.

You Play it Cool
You're not in your face, smokin' hot... and it's all by design
You have a carefully crafted cool persona, leaving everyone wanting to know just a little more.