June 25, 2010

116: CSI

Tiba-tiba rasa macam " A'ahla..betul cakap mak.."
Tiba-tiba rasa macam " Betul la orang kata,cinta tu buta.."
Tiba-tiba rasa macam " Betul ke apa yang aku buat selama ni?"
Tiba-tiba rasa macam " Mampu ke aku nak handle semua lepas ni?"
Tiba-tiba rasa macam berbelah bagi..
Tiba-tiba rasa macam terlalu banyak ketidakpastian..

June 21, 2010

115: Title

I have so many things I want to do yet I got too little time left.

I end up not doing any of it.

Maybe, let's just go for it.

No need to think too much. Just go for it.

June 16, 2010

114: Lama

Lately, asyik pikir mana nak cari duit. Selain keje as engineer, buat part time as cikgu tusyen. Lepas tu ingat nak melabur kat Unit Trust. Tiba2 rasa duit tu berharga.

Sebabnya?

Sebab nak kahwin perlukan duit yang banyak. Haha. Sounds soo gatal kan? Sebenarnya bukan pasal kahwin je. Next selepas belajar, kita perlu fikir nak bina keluarga/kerjaya/kehidupan yang sempurna. Semua tu perlukan sedikit duit. Saya ulangi,sedikit. Sebab kalau tak ada duit langsung pun x boleh. Dan kita juga x perlu duit yg bertimbun2 sebab kebahagiaan bukan datang dari duit tu. Malah,duit yg "terlebih" selalunya mengundang lagi banyak masalah.

Jadinya, aku lebih senang dengan hidup yang sederhana, ada keluarga yang sempurna dan bahagia. Tenang,tanpa perlu memikirkan macam mana nak jadi kaya atau kerja yang teruk semata-mata kerana nak kaya/dapat pangkat tinggi.

Sesetengah orang hanya akan bahagia bila duit dia paling banyak antara org2 sekeliling dia atau bila dialah yang berpangkat paling tinggi. It depends.

Teringat kata-kata En R*zak, manager @ PCSB, " Masa muda2 kita semua akan berkobar2 utk kumpul duit. Tapi at one point,kita akan rasa duit yang melambak2 tu dah tak berguna" Mungkin itu kata-kata orang yang dah banyak duit :P But somehow,bila dipikir2kan balik, it's proven true.

June 09, 2010

113: Pelik dengan sesetengah manusia

Sahabat itu bagi aku, dia menjadi kawan kita setiap masa
Bukan pada masa-masa tertentu saja
Bukan pada masa yang dia nak saja
Bukan pada masa yang dia rasa dia nak saja
Bukan pada masa yang dia ada mood saja

Sahabat itu bagi aku, adalah seorang sahabat
Yang seboleh-bolehnya takkan sekali-kali menyakitkan hati sahabatnya yang lain

Maka aku pelik
Dengan sesetengah manusia yang kadang menjadi sahabat dan kadang hanya menjadi rakan biasa
Mampu berubah sekelip mata
Macam sumpah-sumpah
Aku pelik
Kerana aku tak mampu jadi begitu

June 04, 2010

112: The chaos

Lately, macam2 berlaku. Bayi dibuang,dicampak,dibunuh,ditinggalkan,diarkan dihurung semut,dibairkan digonggong anjing,ditanam dan macam2 lagi yang tak terfikir dek akal.
Kemudian, serangan Israel terhadap kapal misi bantuan utk rakyat Palestin. 10 org terbunuh padahal mereka tidak berniat langsung utk menyerang. Namun, ikmahnya, satu dunia membuka mata betapa kejamnya Israel laknatullah ni.

Ya Allah,berilah secebis keinsafan pada hamba-Mu di dunia akhir zaman ini...

You Play it Cool
You're not in your face, smokin' hot... and it's all by design
You have a carefully crafted cool persona, leaving everyone wanting to know just a little more.