February 23, 2008

40 : Irhamna

Jalan.

Ada satu jalan
Di hadapan, hujungnya tak pasti
Kiri kanannya ada bunga-bunga mekar
Lurus tidak berliku
Pohon-pohon hijau menyelusuri
Setiap penjuru


Ada satu lagi jalan
Bentangnya depan mata
Biar tak pernah tampak
Sebutir cahaya di hujungnya
Gelap-gelita pinggir laluan
Berbelok-belok, berpusing-pusing
Namun tersirat seribu rahsia
Di setiap penjuru


Hanya ada satu jalan
Kerana jalan yang satu lagi
Wujudnya tak pernah

No comments:

You Play it Cool
You're not in your face, smokin' hot... and it's all by design
You have a carefully crafted cool persona, leaving everyone wanting to know just a little more.