April 28, 2008

52 : Taufan





Kau.
Datang sekali.
Namun tak pernah pergi.

Kau.
Hadir seketika.
Tapi tak bisa sirna.

Kau.
Menggamitku sebentar.
Buat aku gentar.

Kau.
Buat aku tertanya-tanya.
Benarkah detik hati ini.




Aku akan menunggu (atau sepatutnya mencari?) jawapan kepada persoalan-persoalan itu. Tuhan, tunjukkanku jalan.

April 27, 2008

51: Aku manusia yang lalai

Aku ingin mencintaimu dengan sederhana.
Dengan kata yang tak sempat diucapkan kayu kepada api yang menjadikannya abu.

Aku ingin mencintaimu dengan sederhana.
Dengan isyarat yang tak sempat disampaikan awan kepada hujan yang menjadikannya tiada.

(Sapardi Djoko Damono)


Cinta itu. Bilakah akan ku sampai padanya?

April 16, 2008

50 : A Tribute To My Bestest Friends!





















































































Kita memegang awan gebu di Langkawi
Kita jejaki sejarah silam Mahsuri di Langkawi
Kita meredah pacat-pacat rakus di hutan belantara, Pangkor
Kita renangi lautan luas melihat ikan-ikan jinak di Pangkor
Kita berbicara dengan ros mekar dan strawberi segar di Cameron
Kita menggigil menahan hawa dingin Cameron
Kita terus-terusan mencipta kenangan bersama di UTP



Kamu mengajarku erti jujur
Kamu mengajarku erti pengorbanan
Kamu menitipkan semangat setiap kali aku goyah
Kamu selalu ada saat suka dan duka
Kamu memberi warna dalam kanvas hidupku
Kamu memberi dahan untuk aku berpaut
Kamu memberiku ruang untuk merasa manisnya ukhwah
^__^


:: Moga ukhwah ini diberkati-Nya::
Syaza.Shima.Filzah.Tim.Farah.Didie. Kamu sahabat terbaik!
Kawan-kawan, selamat berjauhan selama 8 bulan lepas ni. Sebenarnya jarak yang jauh itulah yang akan merapatkan hati-hati kita kerana bila dekat, tiada rindu :)



April 14, 2008

49: Bintang

Aku ingin lari

Ke angkasa, bersama bintang
Jauh dari manusia

Aku ingin lari
Ke pulau tak berpenghuni
Ingin menyendiri

Aku ingin pergi
Ke kota Eropah
Tempat asing, tiada yang mengenaliku

Aku ingin pergi
Ke tanah tinggi
Jauh dari kekacauan dunia

April 01, 2008

48: Pulau Pangkor

Bila orang dah nak buat baik, tak perlu la kita nak pertikaikan,cakap apesal dulu tak nak buat? Apesal sekarang baru nak buat? Benda tu kita tak ada hak nak pertikaikan. Tahu tak kata2 sebegitu boleh membantutkan niat orang yang sedang cuba untuk berbuat baik?

Saya tahu awak ni alim,arif bab agama dan awak dah berkecimpung dalam perkara2 yang baik sejak dulu lagi. Alhamdulillah..tapi saya pelik kenapa awak boleh pertikaikan mengenai usaha orang lain yang berbuat kebaikan. Pedulikan niat dia. Sape awak nak nilai hati budi manusia?

Sekadar luahan hati.

You Play it Cool
You're not in your face, smokin' hot... and it's all by design
You have a carefully crafted cool persona, leaving everyone wanting to know just a little more.