May 19, 2008

55: Change

Semalam, pergi bilik Filzah dan Syaza. Borak2 pasal macam2. Aku,kalau ke bilik diorang, memang lama. Asal nak balik je, diorang mesti cakap, " Ala nad...lekla dulu..nanti r ". Lama2, berapa jam entah duduk kat situ. Hehe. Tapi takpe, macam2 input dapat~ kitorang bukan bergosip je tau (ada la jugak gosipping tu,maybe dalam 20%). Tapi yang selebihnya,macam2 yang kami 'bincang'kan. Contohnya,semalam cerita pasal alam ghaib. Syaza cerita pasal asrama dia dulu kena pukau, satu asrama bangun lambat,pastu semua orang hilang duit dan barang berharga. Syaza siap tertidur dalam keadaan duduk lagi sebab masa tu dia tengah study. Tak pernah2 dia tidur duduk. Aku plak citer pasal asrama aku jugak,pasal akak dorm aku yang terpaksa pindah sekolah sebab tak tahan dengan gangguan makhluk ghaib ni. Peliknya,makhluk tu kacau dia sorang je. Yang aku faham,dia kacau akak tu sebab nak uji dia,lagipun akak tu ada kelebihan sket pasal alam2 ghaib ni,die pernah berkomunikasi dengan 'mereka'. Agaknya,sebab tulah dia attack akak tu. Panjang lagi cerita pasal akak tu,tapi malas la nak type. Kalau nak tau,jumpe aku jela. Hehe.

Then,masuk cite pasal famili. Teringat aku kat adik aku yang bongsu, Najmi . Sekarang dalam tingkatan 2. Dia ni, sangat2 loyar buruk~. Sampai cikgu dia sendiri bagitau kat mak aku yang Najmi ni bagus (dia ni ketua kelas), tapi selalu loyar buruk sket. Memang pun,kat rumah tak larat betul nak layan dia. Dahla selalu sangat sakat aku! Cikgu dia ni cerita kat mak aku, si Najmi ni pernah suatu hari cakap ngan cikgu tu macam ni.. "Kat rumah,ayah saya tiap2 hari beli surat khabar The Star. Ayah saya memang suka baca paper english sebab dia nak improve english dia. Mak saya pun selalu baca The Star tapi dia baca tajuk jer.." Kurang asam betul, tergelak2 aku dengar mak aku cite. Hampeh tol adik aku sorang ni~ Mak aku pulak,sabar je la sebab my mum memang lemah sikit english ni. Since dia ajar subjek sains,g elabah jugakla dia dulu masa sains kene diajar dalam english. Tapi setakat sekarang ni, alhamdulillah my mum leh survive la dalam language yang dia memang x fasih. Hehe.

Ok,mari sambung belajar Electrical Machine yang dari tadi cam hampeh je. Satu soalan pun aku tak dapat selesaikan dari tadi. Huhu.

No comments:

You Play it Cool
You're not in your face, smokin' hot... and it's all by design
You have a carefully crafted cool persona, leaving everyone wanting to know just a little more.