January 30, 2009

76: One Piece

Aku dah buat balik dah perangai lama. Tidur pukul 9 lebih lepas tu bangun pukul 2 pagi konon-konon nak study. Selalunya end up tak study2 sampai pagi but kadang2 aku study la jugak tapi after 1-2 hours of 'lagha'ing. Hehe.

Tiba2 teringat azam aku untuk sem baru ni (already 2 weeks). Dah nak dekat bulan 2 tapi who cares kan, suka hati la nak buat azam baru bila pun. Takkan masa new year je kan. Hehe. Antara azam-azam yang sekarang dah jadi kenyataan cuma tak tau akan istiqamah ke tak :

  1. Nak handwash baju2ku. Mesin basuh baju automatik tu dah naik harga jadi 2.50.Boikot2! Setakat sem ni belum pernah lagi sentuh mesin tu, aku akan berusaha kekalkan rekod! Hehe.
  2. Tak nak serabut. My first week was sangat2 teratur dari segi almost everything. But this 2nd week, things kinda start to fall apart. Haha. I'm starting to mess around. Buktinya, meja study pun dah mula serabut. C'mon nad,ingat azam baru!
  3. Nak enjoy my last year in UTP or in another words, my last chance to be a 'formal' student if tak jadik sambung belajar nanti. Enjoy maknanya to appreciate, hayati, nikmati and cherish every moment and chance given. Sedih la pulak I'm approaching the end of my "university age".
  4. Nak jadik matured. Which sometimes I feel I have achieved this but then, sometimes I feel like I am no different from budak2 tadika.
  5. Nak kumpul duit. Internship buat aku dapat kumpul duit sikit, even tak banyak tapi ada la duit simpanan sikit untuk masa depan. Hehe. So tak nak la duit tu dihabiskan masa final year ni plak. Kena menabung lagi, ikut cakap mak.
  6. Nak jadi lebih rapat dengan kawan2. Mana2 yang dah memang rapat tu, rapat2 kan lagi. Dan yang tak rapat tu, makin rapatkan. Sekarang ni la peluang nak extend my networking, dah keluar U nanti tak jumpa dah mereka2 ni. At least, kalau dah baik, senang nak contact via friendster ke facebook ke. Berkawan biar berjuta kan?Hehe.
  7. Nak jadik mummy. Haha. Just kidding. Actually, azamku yang ke-7 ialah nak keenam-enam azam di atas tercapai dengan jayanya dan bukan hangat-hangat tahi ayam saja. Insya Allah.

Tahun ni umur dah 22. Nak tak nak kena percaya jugak saya sudah tua walaupun muka still macam 18 years old. Hehe.Okla tak tau nak tulis apa lagi. Dah lama tak buat this kind of dear- diary-today-i-meet-my-crush nye entri. Hehe.

January 25, 2009

75: Siput babi

Kepada,

Encik/Puan/Cik Siput Babi yang aku terpijak sampai bunyi 'krak!' tadi hinggakan aku berasa sesuatu yang crunchy di bawah selipar aku ni...please please please forgive me!


This is actually not my first time yet I dont know how not to step on them. Maybe I should better watch on my steps more. If not, more lives will be put in danger.

Monster sungguh aku ni.. No,no, not a killer k!

January 22, 2009

74: Mocking Bird

Have you ever feel something, not knowing why the h**l you feel that way?
Sometimes, things do happen without a reason, aren't they?
But actually, everything happens for a reason.
It just us who are so dumb to understand what the reason is.

Confused. I am.

73: What I've Done




Semua yang nista
Semua yang dusta
Tidak kan bertahan
Tidak kan tersimpan

Jadi debu berhamburan
Mencari mangsanya
Permainan mayapada
Begitu al-kisah nya

Kanan kiri berkalang
Pantas cari lindungan
Usah rebah hati
Manis racun dunia
Ramai insan tertawan
Rawan tersiksa
Ranumnya sang bulan
Merdunya seri bayu
Hanyalah puraan
Di alam khayalan
Dalam ombak hidup
Kita yang layari
Jangan kau tenggelam

Di arus masa
Harus kau kemudi
Pulang ke hakiki


Dusta Berkalang
by Aiman Akademi Nasyid

January 18, 2009

72: Of being strong




Bersamamu kulewati
Lebih dari seribu malam
Bersamamu yang kumau
Namun kenyataannya tak sejalan


Tuhan bila masih ku diberi kesempatan
Izinkan aku untuk mencintainya
Namun bila waktuku telah habis dengannya
Biarkan cinta ini
Hidup untuk sekali ini saja


Bersamamu kulewati
Lebih dari seribu malam
Bersamamu yang kumau
Namun kenyataannya tak sejalan


Tak sanggup bila aku jujur
Hidup tanpa hembusan nafasnya


Tuhan, bila waktu dapat kuputar kembali
Sekali lagi untuk mencintainya
Namun bila waktuku telah habis dengannya
Biarkan cinta ini
Hidup untuk sekali saja

January 17, 2009

71: PS I Love You

Kalau la kan
Awak berada di tempat saya
Apa yang awak akan buat?
Kalau la kan
A, B, C dan D berada di tempat saya
Apa mereka akan buat?
Jawablah dalam hati
Kerana hati tak akan sekali menipu
Dan aku sudah serik.
Sudah penat.
Sekian.
Terima kasih Allah atas peluang ini

January 16, 2009

70 : How to make your internship a very unforgettable one

  1. Make sure sebelum anda intern, rancang masa yang sesuai agar dapat atau sempat bekerja bersama-sama mereka ini:

Kak Syahadah

Aishah

Rahimi

(Not in the picture : Kak Sab, Kak Farah & Syed.)

2. Just make sure no. 1 is done!

Missing u guys already T_T

69: Adi dan Aiman (Kawan)

Adi :
Aiman, awak nak cerita apa semalam? Maaflah, mak kita dah panggil balik rumah. Tu yang kita kena cepat-cepat balik. Tak mau la kena pukul dengan tali pinggang lagi.

Aiman :
Ooo patutla laju je awak balik semalam. Kita ingat awak tak nak main dengan kita lagi.

Adi :
Takla, takkanla kita tak nak main dengan awak lagi. Nanti siapa nak tolong pegangkan layang-layang kita bila kita nak main layang-layang? Siapa pulak nak tolong halaukan ayam betina garang yang nak patuk kita bila kita usik anak-anak dia?

Aiman :
Ala Adi ni, Asif kan ada. Kalau kita tak ada, awak main la dengan dia. Lagipun, dulu kan kita pernah main perang-perang dengan dia kat tepi hutan sebelah rumah Pak Man Mata Sebelah dulu.

Adi :
Tak nak la. Kita nak main dengan awak je. Asif tu lari laju sangat, nanti kita selalu tertinggal kat belakang. Awak tak kuat lari, bolehla kita jalan sama-sama dengan awak.

Aiman :
Mana ada kita tak kuat larila, kita memang sengaja jalan pelan-pelan sebab nak tunggu awak. Kita kesian awak jalan lambat sebab kaki awak tempang.

Adi :
Oh, tak kesah la. Kita nak main ngan awak jugak. Tak nak orang lain.

Aiman :
Yela yela. Kita pun suka main dengan awak sebab mak awak selalu bagi kita makan kuih cucur badak yang dia buat tu. Sedap, mak kita tak pernah buat cucur badak.

Adi :
Yeahhh.... (sambil melompat-lompat keriangan).Awak janji ye, kita akan main sama-sama sampai bila-bila? Awak tak kan biarkan saya main dengan Asif, ye?

Aiman :
Ye ye, kita dua orang jadik geng, awak kan Power Ranger merah, kita Power Ranger putih, mestila kena satu geng. Hahahaha..

Adi :
Asif? Bukan ke dia cakap dia Power Ranger biru?

Aiman :
Arghhh, tak boleh, tak boleh. Power Ranger biru tu adik kita la, haritu dia dah cop.Mana aci, amik yang orang dah cop. Dia jadik raksasa musang je la...

Aiman & Adi :
Hahahahaha...


Info :
Aiman dan Adi baru berusia 5 tahun. Mereka berpegang pada janji untuk main bersama-sama itu, tapi ia bertahan selama dua tahun saja. Bila sudah masuk sekolah rendah, mereka di kelas yang berlainan. Dan janji itu seakan dilupakan. Lagipun, mak Adi dah tak buat cucur badak lagi. Mak dia sudah meninggal dunia akibat ditabrak kereta semasa dalam perjalanan pulang dari kedai.

You Play it Cool
You're not in your face, smokin' hot... and it's all by design
You have a carefully crafted cool persona, leaving everyone wanting to know just a little more.