January 16, 2009

69: Adi dan Aiman (Kawan)

Adi :
Aiman, awak nak cerita apa semalam? Maaflah, mak kita dah panggil balik rumah. Tu yang kita kena cepat-cepat balik. Tak mau la kena pukul dengan tali pinggang lagi.

Aiman :
Ooo patutla laju je awak balik semalam. Kita ingat awak tak nak main dengan kita lagi.

Adi :
Takla, takkanla kita tak nak main dengan awak lagi. Nanti siapa nak tolong pegangkan layang-layang kita bila kita nak main layang-layang? Siapa pulak nak tolong halaukan ayam betina garang yang nak patuk kita bila kita usik anak-anak dia?

Aiman :
Ala Adi ni, Asif kan ada. Kalau kita tak ada, awak main la dengan dia. Lagipun, dulu kan kita pernah main perang-perang dengan dia kat tepi hutan sebelah rumah Pak Man Mata Sebelah dulu.

Adi :
Tak nak la. Kita nak main dengan awak je. Asif tu lari laju sangat, nanti kita selalu tertinggal kat belakang. Awak tak kuat lari, bolehla kita jalan sama-sama dengan awak.

Aiman :
Mana ada kita tak kuat larila, kita memang sengaja jalan pelan-pelan sebab nak tunggu awak. Kita kesian awak jalan lambat sebab kaki awak tempang.

Adi :
Oh, tak kesah la. Kita nak main ngan awak jugak. Tak nak orang lain.

Aiman :
Yela yela. Kita pun suka main dengan awak sebab mak awak selalu bagi kita makan kuih cucur badak yang dia buat tu. Sedap, mak kita tak pernah buat cucur badak.

Adi :
Yeahhh.... (sambil melompat-lompat keriangan).Awak janji ye, kita akan main sama-sama sampai bila-bila? Awak tak kan biarkan saya main dengan Asif, ye?

Aiman :
Ye ye, kita dua orang jadik geng, awak kan Power Ranger merah, kita Power Ranger putih, mestila kena satu geng. Hahahaha..

Adi :
Asif? Bukan ke dia cakap dia Power Ranger biru?

Aiman :
Arghhh, tak boleh, tak boleh. Power Ranger biru tu adik kita la, haritu dia dah cop.Mana aci, amik yang orang dah cop. Dia jadik raksasa musang je la...

Aiman & Adi :
Hahahahaha...


Info :
Aiman dan Adi baru berusia 5 tahun. Mereka berpegang pada janji untuk main bersama-sama itu, tapi ia bertahan selama dua tahun saja. Bila sudah masuk sekolah rendah, mereka di kelas yang berlainan. Dan janji itu seakan dilupakan. Lagipun, mak Adi dah tak buat cucur badak lagi. Mak dia sudah meninggal dunia akibat ditabrak kereta semasa dalam perjalanan pulang dari kedai.

No comments:

You Play it Cool
You're not in your face, smokin' hot... and it's all by design
You have a carefully crafted cool persona, leaving everyone wanting to know just a little more.