August 29, 2009

98: Poyo?

Someone said I'm not as 'poyo' as before, at least in blogging. In real life, I dont think I have changed anyway. Is it a good or bad sign? Maybe I am becoming matured? Hehe. Not matured yet, but I'm coming to it. "Budak Master la katekan" bak kata Cik Husna Hamidon :P

Anyway, blom amik Master lagi diorang dah panggil aku budak Master skrg ni. Padahal baru je bercadang nk melanjutkan pelajaranku. (Padahal dah kompem sebenanya :P)

Macam poyo je entri ni kn? Sape tadi cakap aku dah x poyo. Ish2

August 23, 2009

97:Master

Harini terasa nak bercerita. Mungkin sebab baru lepas tengok gambar aku dan kawan-kawan masa kat Maahad Muar dulu, gambar lama, tapi kawan aku baru postkan dkt facebook. Rasa rindu pulak kat zaman sekolah2 dulu terutamanya kat Maahad la. Sebab kehidupan sebagai seorang pelajar Maahad (dari Form1 - Form3) memang penuh ngan pahit, manis, hitam, putih, kelabu dan macam2 la. Aku pernah jadi seorang 'top student', 'budak skema', 'pengawas yg hampeh' dan juga termasuk dalam kumpulan yang dipanggil 'geng otai'. Haha, nak tergelak pun ada bila teringat betapa taksubnya aku melanggar peraturan2 sekolah masa jadik geng otai tuh.

Boleh dikatakan semua peraturan yang ada aku dah pernah langgar, contohnya; ponteng prep petang, outing tanpa kebenaran, ponteng prep malam, ponteng roll-call, pecah masuk dewan makan waktu malam sebab nak masak nasik goreng,ponteng perhimpunan pagi, ponteng kelas juga tidak terkecuali, dan banyak lagi kot. Dah hampir lupa dah. (Cis, kena ingat balik ni,sayang kalau lupa!) Kalau kesalahan2 kecik macam xlipat tudung,lipat lengan baju,xpakai stokin, dan sebagainya tu xpayah cakapla; x otaila beb kalau xbuat semua tu. Haha. Mesti ramai x sangka yang aku ni macam ni. Hakikatnya, itulah aku pada zaman sekitar tahun 2000-2003. Masa tu jela. Sekarang I dah insaf k. Dah lama x buat kerja2 mcm tu. Rindu betol kat geng2 otai tersebut ~ Mas (my nickname ms zaman itu), Eica, Azah, Wanie, Baie, Eman, Shasha, Biha, Apid, Hana, Fadh dan sape lagi ek? Aku rase ade 13org geng2 kami. Hehe.

Teringat saat kena denda ketuk ketampi depan aspura, kena prep malam dekat dataran asrama dengan berbaju batik gara2 ponteng prep petang. Malu kot masa tu~ siap kena buat karangan "Kepentingan Prep Petang" (Hahahha,lawak gile kalau ingat balik). Pasal karangan ni memang aku xboleh lupa. Sebabnya, karangan aku fail sehinggakan aku terpaksa 'repeat'. Kenapa aku fail? Antara isi2 yang aku tulis, Kepentingan prep petang ialah; 1) Boleh merehatkan minda untuk tido,2) sebagai wadah berkongsi maklumat2, gosip dan tempat mengumpat yang paling efektif dan juga 3) tempat untuk mencuci mata. Daring sungguh aku pada masa itu, cewah. Haha,padan muka kena rewrite esei tersebut. Kih3. Kitorang kantoi prep petang ni pun sebab kitorang dengan selambanya mundar-mandir di aspuri untuk basuh baju, padahal masa tu semua orang kat sekolah sebab ada prep petang! Macam mana la aku boleh seselamba itu?

Dan yang aku paling xboleh blah, semua kesalahan2 itu aku lakukan di saat aku bergelar seorang PENGAWAS. Hehe. Tak malu betol kan~ Nasib baik sekarang ni jadik manusia gak la,kalau tak,haih~ Ape2 pun, aku bersyukur pernah merasa semua tu, sekurang2 nya ada jugak kenangan yang boleh buat aku tersenyum :)


Gambar ni diambil masa tahun 2002 (kalau x silap la). Carikla aku yang mane.Hehe.

96: Oh I hate this kind of feeling

:(

August 22, 2009

95: 1 Ramadhan 1430H

Semoga Ramadhan ini mengukuhkan Cinta- cinta yang ada.
Terutamanya Cinta Yang Satu itu.
Selamat Berpuasa dan Beribadat semua :)

You Play it Cool
You're not in your face, smokin' hot... and it's all by design
You have a carefully crafted cool persona, leaving everyone wanting to know just a little more.