Hari ini saya berasa ingin menulis di dalam Bahasa Melayu baku sebagai penghargaan kepada sahabat saya, Aishah yang tidak jemu-jemu memperjuangkan Bahasa Melayu baku. Ini dapat dilihat dalam perbualan sehariannya. Kisah yang ingin saya ceritakan berkisar tentang aktiviti kami pada hujung minggu yang lepas iaitu meluncur ais di Sunway Pyramid.
Aktiviti yang amat menyeronokkan lagi mencabar kekuatan fizikal dan mental ini disertai oleh saya, Aishah, Shima, Zaty, Kak Syahadah, Syidah, Rahimi dan bekas rakan serumahnya, Pur. Pada mulanya, Rahimi dan Pur agak malu-malu kucing untuk menyertai aktiviti peluncuran ais ini, mungkin disebabkan mereka takut akan digelakkan oleh kami seandainya mereka tergelincir dan jatuh dengan tidak 'macho'nya. Namun selepas dibasuh dengan sedikit kata-kata yang mencabar keegoan mereka, mereka akur dengan cabaran yang kami lontarkan dan akhirnya turut menyertai peluncuran ais itu.
Secara keseluruhannya, semua yang menyertai aktiviti ini menunjukkan prestasi yang tidak menghampakan. Pada perkiraan saya, gelaran peserta terbaik patut diberikan kepada Shima kerana dia menunjukkan peningkatan yang sangat mengagumkan. Pujian juga harus diberikan kepada Syidah, Rahimi dan Pur kerana berjaya meluncur tanpa bantuan orang lain walaupun ini merupakan pengalaman pertama mereka.
Dan kepada Izati, tahniah juga kerana tidak jatuh lebih dari sepuluh kali kerana sesungguhnya pencapaian itu dikira agak baik. Diharapkan agar beliau tidak akan putus asa dan berusaha lebih keras di masa akan datang.
Akhir sekali kepada Kak Syahadah dan Aishah, saya mengharapkan selepas ini kalian dapat melakukan lebih dari sekadar berlegar-legar di atas lantai ais. Kita harus buktikan pada orang lain bahawa kita juga mampu melakukan aksi-aksi mencabar seperti berpusing, berputar, melompat,berlari dan yang seumpama dengannya.
Manakala untuk saya pula, biarpun ini merupakan pengalaman kedua saya, namun saya jatuh sebanyak enam kali. (Gelak). Biar apa pun, saya tak kan pernah putus asa!
Kelengkapan 'perang' yang penting
Gambar ini cantik sebab aku yang amik :P
Makan2 di Kenny Roger's
Nyum3
Zaty telah meng'overshadow' Kak Sya
Gambar ini cantik sebab aku yang amik :P
Makan2 di Kenny Roger's
Nyum3
Zaty telah meng'overshadow' Kak Sya
No comments:
Post a Comment