Politics. I might be the last person to know the hottest news but there is no other hot 'gossips' currently except regarding our beloved Malaysia's political issues. BN, PAS, PKR ad DAP.Dan di mana pendirian saya?
Mudah saja. Saya berdiri di bawah panji Islam, kebenaran dan keadilan. Islam kerana tanggungjawab kita sebagai Muslim - tiada kompromi, kebenaran kerana hanya yang benar saja layak diperjuang dan ditegakkan, serta keadilan untuk semua - rakyat berbilang kaum dapat disatukan andai keadilan menjadi tunjang.
By the way, kawasan saya, DUN Sungai Abong (Muar,Johor) sudah ditakluki PAS setelah cubaan demi cubaan sejak kemerdekaan Malaysia 50 tahun dulu. Inilah pertama kali PAS atau parti pembangkang dapat menembusi tembok BN yang dikatakan sangat kebal di Johor. Bayangkan ia berlaku di tempat saya. Agak bangga la jugak.. Bukan itu saja, PAS juga dapat bernafas lega di DUN Maharani (tempat mak dan abah sy membuang undi) serta dua lagi kawasan jatuh ke tangan DAP iaitu Bakri dan Bentayan. Jumlah semuanya 4 kawasan jatuh di tangan pembangkang (semuanya di Muar) dan sekaligus memecah rekod kekebalan Johor. Selain tu, boleh dikatakan majoriti undi wakil2 BN yang bertanding di Johor menurun dengan mendadak.Itu baru di tempat saya, Johor. Belum lagi masuk bab Perak, P.Pinang, dan Selangor. Apakah mesej yang ingin disampaikan rakyat Malaysia?
Lihat keputusan PRU kali ini dari sudut yang positif:
- memberi pengajaran kepada pemimpin2 BN yang korup dan bekerja semata2 kerana pangkat dan duit
- so that we'll see the tue colour of the opposition since they will be ruling for at least this 4 years
- adakah gabungan PAS-PKR-DAP relevan?
- bolehkah negeri2 di Malaysia terus maju dan makmur tanpa BN?
- sbg ujian kepada perpaduan kaum di Malaysia.Siapakah pemimpin yg jujur mahupun tidak jujur dalam memperjuangkan integrasi kaum ini
The tsunami has ended but the drama has just began. Let us go through the tough part together and pray for our country's prosperity and peace.
[ Info : PAS pernah bertapak di Johor sebelum ini, di Senggarang namun itu bukanlah kemenangan hakiki kerana wakilnya menang tanpa bertanding. ]
No comments:
Post a Comment