December 24, 2008

68: Meluncur Ais II

Hari ini saya berasa ingin menulis di dalam Bahasa Melayu baku sebagai penghargaan kepada sahabat saya, Aishah yang tidak jemu-jemu memperjuangkan Bahasa Melayu baku. Ini dapat dilihat dalam perbualan sehariannya. Kisah yang ingin saya ceritakan berkisar tentang aktiviti kami pada hujung minggu yang lepas iaitu meluncur ais di Sunway Pyramid.
Aktiviti yang amat menyeronokkan lagi mencabar kekuatan fizikal dan mental ini disertai oleh saya, Aishah, Shima, Zaty, Kak Syahadah, Syidah, Rahimi dan bekas rakan serumahnya, Pur. Pada mulanya, Rahimi dan Pur agak malu-malu kucing untuk menyertai aktiviti peluncuran ais ini, mungkin disebabkan mereka takut akan digelakkan oleh kami seandainya mereka tergelincir dan jatuh dengan tidak 'macho'nya. Namun selepas dibasuh dengan sedikit kata-kata yang mencabar keegoan mereka, mereka akur dengan cabaran yang kami lontarkan dan akhirnya turut menyertai peluncuran ais itu.
Secara keseluruhannya, semua yang menyertai aktiviti ini menunjukkan prestasi yang tidak menghampakan. Pada perkiraan saya, gelaran peserta terbaik patut diberikan kepada Shima kerana dia menunjukkan peningkatan yang sangat mengagumkan. Pujian juga harus diberikan kepada Syidah, Rahimi dan Pur kerana berjaya meluncur tanpa bantuan orang lain walaupun ini merupakan pengalaman pertama mereka.
Dan kepada Izati, tahniah juga kerana tidak jatuh lebih dari sepuluh kali kerana sesungguhnya pencapaian itu dikira agak baik. Diharapkan agar beliau tidak akan putus asa dan berusaha lebih keras di masa akan datang.
Akhir sekali kepada Kak Syahadah dan Aishah, saya mengharapkan selepas ini kalian dapat melakukan lebih dari sekadar berlegar-legar di atas lantai ais. Kita harus buktikan pada orang lain bahawa kita juga mampu melakukan aksi-aksi mencabar seperti berpusing, berputar, melompat,berlari dan yang seumpama dengannya.
Manakala untuk saya pula, biarpun ini merupakan pengalaman kedua saya, namun saya jatuh sebanyak enam kali. (Gelak). Biar apa pun, saya tak kan pernah putus asa!
Kelengkapan 'perang' yang penting
Gambar ini cantik sebab aku yang amik :P

Makan2 di Kenny Roger's


Nyum3


Zaty telah meng'overshadow' Kak Sya




December 19, 2008

67 : Ayat-ayat melankolik


Apabila semuanya serba tidak kena, dan kita tidak tahu apa lagi yg hendak dibuat,ingatlah.. kita masih boleh bersandar kpd Dia Yang Maha Mengasihi


Apabila hidup dselubungi kegelapan,semuanya silap ,carilah sinar itu dari Dia Yang Memberi Cahaya


Apabila dibelenggu masalah sedangkan tiada sesiapa pun yang mahu mengambil kisah,ingatlah pada Dia yg tidak pernah melukakan hatimu. Dia Yang Maha Adil


Apabila hati terluka dan kesakitan itu menumbangkan kudratmu, jangan berputus asa kerana Dia melihat segala-galanya..


Apabila lemah tidak bermaya sedangkan perjalanan masih jauh perlu diharungi,carilah kekuatan itu dari Yang Maha Perkasa


Apabila hidup ini dirasakn seperti beban, segala-galanya goyah, bangunkan semula kota semangat itu dengan keyakinan bahawa itu adalah iradat-Nya..


Apabila jalan di depan digelapi kelam mendung sedangkan tiada sesiapa di sisi sudi menemanimu, carilah jalan lurus itu dari Dia,yang menjadi satu-satunya panduan hidup

Apabila semua orang di sekeliling tidak mahu mendengar suara dan keluhanmu,jangan kecewa kerana Dia Maha Mendengar


Apabila miskin dan papa,kita terperangkap dalam kesempitan,ingatlah kepada Dia Yang Maha Kaya..


Apabila kita dalam kedukaan sedangkan tiada tempat untuk melarikan diri,mengadulah kepada Dia Yang Maha Esa


Apabila keseorangan dan kedukaan itu seperti tiada penghujungnya,serahkan dirimu kepada Dia..satu-satunya tempat yang boleh digantungkan harapan nyata.


Apabila parut lukamu dicederakan lagi,hatimu dicakari kebimbangan,ingatlah bahawa Dia sentiasa bersama orang-orang yang sabar!

Editor:afdhal87

66 : Pressure,tempterature,level & flow


.


Finished mock-up presentation in front of En Razak, Mr Sada, Rosedi & other trainees.


I dont think I 'd done a good job. Missed some points several times, lost clues to explain my slides and so on.


I was just not well-prepared. I understand the thing, it's just that I'm not well-versed to explain to the audiences.


Ah, still got time to improve. 4 days more. Wait, minus 1 day - tomorow will be another ice skating..


I cant wait to finish all this test-exam-presentation things, at least for this semester. Hehe. And there's another one thing I cant wait.. *wink*


Tube bending course at Swagelok (gambar hiasan)

December 09, 2008

65: Aidiladha

This year's Aidiladha was special. My family and I celebrated it in my mom's hometown in Alor Setar, Kedah. Sederhana tapi meriah. Everything was perfect - Atuk's specialty of Ketupat Palas, My Mom's new sensation of Mee Rebus Muar, the cute and adventurous Hakim, Mi, Alip, Sayuti, Hafiz, Aufa & Dina - they are just so lovely creatures~, the excitement of Kak Dayah's wedding next weekend - our 1st cousin getting married and last but not least, Hari Raya in Kedah is always my favourite since I was a child. However, out of those beautiful things - minus abang was not there - he was stucked in Bt Pahat with his Final Year Project, sian abang and also, I was forced to go back to KL on the 1st day of Raya! - my cuti is almost finished, cannot take leave anymore, need to save for emergency.

Whatever it is, that was only my personal pieces of story. It was too small compared to what Aidiladha teaches us. The meaning of Sacrifice or Qurban. The great sacrifice done by Nabi Yusuf - the history behind this holy day should be understood and thus practiced.

Thank You Allah.

November 28, 2008

64: Ice Skating




Sunday 23 November 2008,
Sunway Pyramid.


Training program: Ice Skating
Trainer: Kak Sab & Lea
Trainee: Nad, Aishah, Shima, Kak Syahadah & Eme.


Lesson learnt:

  • I noticed 4 types of people:

  1. Who falls only a few times, manage to ice skate without much challenge even though this is his/her first time. - a genius maybe
  2. Who falls like hundred times, but at last manage to ice skate because he/she never think much of the pain of falling onto the ice floor. - a risk taker

  3. Who falls only once, and never learn to ice skate independently at the end of the day because he/she is too afraid too try. - (i dont know which word is suitable)

  4. Who falls twice, not because of lack of skill, but due to helping the other first-timers. - a trainer of course.haha


I fall into which category? Teka la :P. Whatever pun, ice skating is marvellous! Especially after hours of falling, spinning, and sweating, you finally manage to move by yourself without clinging to the wall. That feeling was so good~yang penting dont ever2 give up. Without falling down, you can never learn so dont afraid to fall down and laughed by others.Hehe.

November 25, 2008

63: Terengganu III

That's why I always love being in Terengganu. It used to be that special place capturing the most wonderful time I ever had in life.
















November 22, 2008

62: Rancangan-Nya

Lebih dari suka
Hampir kepada sayang.

Aku ingin sekali
Mencari dia yang namanya tertulis dalam buku takdirku.

Aku ingin sekali
Mencari dia yang namaku tertulis dalam buku takdirnya.

Saat aku berasa yakin sekali dialah orangnya
Saat itu juga hati ini terdetik ragu
Saat itu juga rasa takut kehilangannya
Saat itu juga rasa tak mungkin memilikinya
Saat itu juga jiwa ini menjadi sepi.

Lalu aku selalu saja jadi buntu
Gantung di tengah jalan.

Lalu aku selalu saja jadi pasrah
Serahkan semua pada takdir.

Tapi mungkin ini jadi yang terakhir.

Kerana perancangan Tuhan itu sempurna sekali.
Dan indah.

November 10, 2008

61: Heaven


Today was gloomy and dark in the beginning. I was left by Kak Syahadah and Aishah for breakfast. Yeah, they did that utk kebaikan aku,kunun2 nya. Haha. Benci.

But now, it turns out to be a perfectly bright and beautiful day~ My final presentation is postponed from 12 Dec to 31 Dec! That possibly the best news in town. And I feel like in heaven..!


:)

....

I know you Nadiah, I have been living with you for almost 22 years. I know that you gonna delay the preparation for the presentation. You'll only start one week before the presentation. The extra 2 weeks given means a world for you but it gonna affect you nothing. You will goyang kaki suka hati until the week of the presentation. And then everything will turn to be a nightmare. You gonna be kelam kabut, having not enough time to prepare and your presentation will be a so-so, biasa-biasa to the lecturer and supervisor. And your intern's RESULT will be so-so too! Regretting is always the only thing you can do after that..


P/s : I think that will be enough to make me scared. Aku tak nak delay2 lagi!!!


November 05, 2008

60: Forgive but not forget

I'll choose to forgive. Forgetting is not in the list since I knew that I can never do that.

....

Aku selalu macam ni. Kalau kecik hati atau terase, aku akan buat tak tau kat orang tu. Dan orang tu pun akan wat bodo gak, cam tau2 je aku kecik hati kat dia. Tapi lama-lama, aku jugak yang akan start balik as if nothing had happened. Selalunya, I will forget that aku pernah terasa kat dia.

Tapi kejadian tadi buat aku sedih sangat. Dia buat aku rasa yang kami tak pernah rapat. Tak pernah jadi kawan baik. Dari dulu kata2 dia selalu menyakitkan hati tapi aku akan diamkan diri kalau aku sakit hati, sebab aku sedih bila gaduh2 ni. Aku paling benci bila kena bermasam muka dengan orang lebih2 lagi kawan baik aku sendiri, yang aku sayang. Aku diamkan diri dgn harapan lama-lama aku akan lupa. And it always works that way.

Tapi nampaknya dia masih tak paham. Dan aku jadi sangat sedih. Tak jadi nak marah atau benci. Argh, geram. Hari ni je, dah 2 kali menangis kat dalam ofis ni. Cuba la kuat sket, nad oi..

November 04, 2008

59: Terengganu II

26 – 27 Oktober 2008. Kisah ini agak singkat tapi padat.



Perjalanan ini

Bermula dengan senyuman

Kau , aku



Dan juga kamu




Kita mengikat janji teguh


Biar mahligai persahabatan ini kekal utuh

Mungkin ada insan lebih istimewa

Mungkin mimpi kita berbeza

Namun cuba kenang semula

Saat-saat bersama ;




> Shopping sakan


> Mapley sambil borak hati ke hati

> Gurau-senda , kena-mengenakan

> Obses dengan “Gossip Girl”


> Berkongsi rahsia



> Berkongsi kesengalan


Namun kita tak lalai


Ada impian yang perlu digapai



Terima kasih kerana membawaku ke jalan ini



Terima kasih kerana membuatku terbang tinggi


Terima kasih kerana terus berada di situ



Biar aku sering buat kamu tertunggu





Terima kasih atas talian hayat yang sering kau hulurkan




Setiapkali aku kelemasan


Maafkan andai kadangkala aku menghilangkan diri


Dan sepi tanpa berita


Kamu yang bernama sahabat



Walau haluan kita berbeza selepas ini


Janji ya, kita akan masih berkawan?



Kerana……….
aku tak bisa sampai ke sini tanpa KAMU.

_____________________________________________________

This is a tribute to ALL my friends. Yeah, the pictures told stories of our memorable adventure in Terengganu. But the words, they are meant to YOU, friends :)

P/s : Moga trip lepas ni cukup kuota. Ye filz and farah? Hehe. Atau mungkin kita akan tambah ahli baru. You are most welcomed~ ( Ecah or Zaty maybe?)

October 08, 2008

58: Life


"I will sacrifice a rook or even the queen to win over the mighty king."


That's life. You have to sacrifice, to get whatever you wish. In every happiness or sucess, there will be hardship, sacrifice and sadness.


Play your life like in chess.


Chess. And how I miss to play chess! Rindu sangat. Fikir sampai nak pecah kepala otak, dan bila menang, kepuasan tu tak dapat nak digambarkan. It's worth to sit for almost 2 hours and then you win! Kalau kalah pun, tetap worth it becoz your opponent had to spend almost 2 hours to beat you! Terrer la tu maknanya. Hehe.


Teringat zaman sekolah dulu, masuk pertandingan chess. Have to play within strict time frame, siap ada jam khas. Everytime you make a move, you have to press the clock. Sangat mendebarkan dan saiko! Hehe. Paling jauh aku penah pergi dalam chess ni, sampai peringkat negeri Johor dan dapat top ten. Masa tu darjah 5 kot. Masa sekolah menengah, sampai peringkat daerah je.


Winning is great but the most important thing is the experience and lesson I gained when I win and also when I lose.. Obviously, aku lebih banyak kalah daripada menang. Hehe. Anyone familiar with this kind of experience? Dare a challenge? :P


September 15, 2008

57: Curi masa

It's 6.12 pm now, got about one hour more before buke pose and I'm still in the office. With Aishah only. Suasana kat ofis skrg agak gelap. yang ada cuma emergency lamp dan lampu lip-lap yang kitorg baru pasang tadi as raya decoration.

Sape lagi yang kene buat keje hias-menghias ni kalau bukan kitorang trainee..ehe.Biasela tu. Btw, balik lambat harini sebab ada jemputan buka puase kat Hotel Novotel, dekat dgn Pavilion. Alhamdulillah, ni dah kali ke-4 dapat buka puasa kat hotel sejak intern kat sini. Dapatla gak merasa makan mknn yang mewah2. Dan juga buat aku lebih bersyukur.

Thank you Allah.

You know what, tadi terserempak ngn my classmate masa kat KISAS, and she is with her husband. Hubby dia sebaya ngn kitorg. Ada dengar cerita dia dah kahwin, x dapat pergi kenduri dia. Lagipun, x dijemput..aha..mesti dia ingat aku xkan datang sebab xduduk KL, but actually aku dah tinggal kat sini apa..hehe. nvm la.

Wutever pun, diorang memang sepadan sgt. Buat aku jeles! bukan jeles apa,terasa nak cepat kawin jugak.haha. Semoga diorang bahagia sampai ke anak cucu. Tak sangka, dah besar2 kawan2 aku rupanya... (aku?)

ok,gtg.

August 11, 2008

56: Something

Something to update? Too many in minds I kept typing and deleting for the past ten minutes. Ok, ok this time, I'll delete no more.

Let's start from here. Here I am, in Level 16, Tower 1, PETRONAS Twin Tower, doing my internship at PETRONAS Carigali. And I'm writing this entry becoz my boss and managers were not around today plus I felt like coming back to myself today.The old me is coming. Haha.

The first thing I wanna say about doing internship here is that, who in the world yg cakap intern kat KLCC keje fotostat je? The past 2 months was damn busy and sometimes I even dont have time to grab lunch! Except for the first week, every weeks was full of activities such as seminars, in-house training, equipment test at factory, vendor presentation and etc. Not including the 2-day workshop organized by our department and I was one of the committee members.

Enough to say, my internship days are so colourful I always pray that the time wont go so fast.

Story more on my experiences later.

May 19, 2008

55: Change

Semalam, pergi bilik Filzah dan Syaza. Borak2 pasal macam2. Aku,kalau ke bilik diorang, memang lama. Asal nak balik je, diorang mesti cakap, " Ala nad...lekla dulu..nanti r ". Lama2, berapa jam entah duduk kat situ. Hehe. Tapi takpe, macam2 input dapat~ kitorang bukan bergosip je tau (ada la jugak gosipping tu,maybe dalam 20%). Tapi yang selebihnya,macam2 yang kami 'bincang'kan. Contohnya,semalam cerita pasal alam ghaib. Syaza cerita pasal asrama dia dulu kena pukau, satu asrama bangun lambat,pastu semua orang hilang duit dan barang berharga. Syaza siap tertidur dalam keadaan duduk lagi sebab masa tu dia tengah study. Tak pernah2 dia tidur duduk. Aku plak citer pasal asrama aku jugak,pasal akak dorm aku yang terpaksa pindah sekolah sebab tak tahan dengan gangguan makhluk ghaib ni. Peliknya,makhluk tu kacau dia sorang je. Yang aku faham,dia kacau akak tu sebab nak uji dia,lagipun akak tu ada kelebihan sket pasal alam2 ghaib ni,die pernah berkomunikasi dengan 'mereka'. Agaknya,sebab tulah dia attack akak tu. Panjang lagi cerita pasal akak tu,tapi malas la nak type. Kalau nak tau,jumpe aku jela. Hehe.

Then,masuk cite pasal famili. Teringat aku kat adik aku yang bongsu, Najmi . Sekarang dalam tingkatan 2. Dia ni, sangat2 loyar buruk~. Sampai cikgu dia sendiri bagitau kat mak aku yang Najmi ni bagus (dia ni ketua kelas), tapi selalu loyar buruk sket. Memang pun,kat rumah tak larat betul nak layan dia. Dahla selalu sangat sakat aku! Cikgu dia ni cerita kat mak aku, si Najmi ni pernah suatu hari cakap ngan cikgu tu macam ni.. "Kat rumah,ayah saya tiap2 hari beli surat khabar The Star. Ayah saya memang suka baca paper english sebab dia nak improve english dia. Mak saya pun selalu baca The Star tapi dia baca tajuk jer.." Kurang asam betul, tergelak2 aku dengar mak aku cite. Hampeh tol adik aku sorang ni~ Mak aku pulak,sabar je la sebab my mum memang lemah sikit english ni. Since dia ajar subjek sains,g elabah jugakla dia dulu masa sains kene diajar dalam english. Tapi setakat sekarang ni, alhamdulillah my mum leh survive la dalam language yang dia memang x fasih. Hehe.

Ok,mari sambung belajar Electrical Machine yang dari tadi cam hampeh je. Satu soalan pun aku tak dapat selesaikan dari tadi. Huhu.

May 03, 2008

54: Time waits for no one


Selamat Menyambut

Hari 'Final Exam' Sedunia

:P



Saya habis exam,22hb Mei lepas tu start internship 2 Jun di Petronas Carigali Sdn Bhd, KLCC. Jadik orang KL la pas ni.hehe. Ada banyak agenda menanti. Saya takkan sia2kan masa di KL macam tu jer.hihi. Kan filz kan?Tak sabar nak abes exam~~~4 papers more to go!



P/s : Teringat cerita psl didie order Slurpyy kat McD. Ahaha. Didie2~~ sgt lawak kot tuh~ :P
15 May 2008

You Play it Cool
You're not in your face, smokin' hot... and it's all by design
You have a carefully crafted cool persona, leaving everyone wanting to know just a little more.