November 21, 2009

107: Dugaan

External hard disk hilang.. x sure kat mane..maybe tertinggal kat kafe

Aku risau

November 15, 2009

106: Jika

"Bila mungkin hidup hampa dirasa
Mungkinkah hati merindukan Dia.."
Opick

105: Hari Yang Indah

Kenapa manusia selalu berselisih faham? Sebab masing-masing punya fikiran yang berbeza, malah hati, emosi, dan perasaan masing-masing yang unik dan tersendiri. Perbezaan jadi lebih ketara antara lelaki dan perempuan.

Kalau aku sakit hati dengan kamu, aku jadi sangat tidak keruan. Hati pun tak tenang. Namun kita selalu dapat cari jalan untuk selesaikannya. Dan selalunya, aku jadi lebih memahami diri sendiri. Dan selalunya, aku jadi lebih sayang pada kamu.

Moga Allah permudahkan segalanya.

104: Hati

Kadang-kadang aku terfikir
Di manakah silapnya
Mungkin sebab aku selalu lupa
Pada Tuhan yang menganugerahkan segala-galanya
Mungkin sebab aku sentiasa alpa
Yang ia bukan segala - galanya
Mungkin sebab aku terlalu leka
Pada sesuatu yang tidak pasti

November 11, 2009

103:Ku ukir namamu

Kadang-kadang aku jadi keliru

Manusia memang boleh berubah menjadi apa sahaja dalam sekelip mata
Baru aku tahu
Ada beza antara kawan dan sahabat
Antara sahabat dan gang
Ada beza rupanya


Kepada kawan dan sahabat aku, kita bersama hampir 5 tahun atau kurang dari itu,
Dan masa yang tak pernah berhenti berdetik ini
Semakin suntuk
Kita pasti masing-masing ke fasa yang berbeza
Tidak mungkin lagi untuk berkepit ke mana-mana


Dan aku masih berfikir
....

Mampukah aku berdiri tanpa kamu semua nanti?

November 08, 2009

102: It's still here

Sometimes there are things I wish I would do and I think I should do, but I dont know, maybe the passion is gone. And at the end of the day, menyesal tak sudah!

Some of the passion I used to have not-so-loong time ago but now, it kind of dripping away ;

- read and surf internet about astronomy. tengok gambar2 menakjubkan galaksi, bintang, planet, aurora (that's when this blog got its name.ehe) , komet dan macam2 lg ciptaan Tuhan yang sangat2 indah
- writing. sudah semakin pudar dari hari ke hari. but i believe it's still there :)
- muzik. saya sudah lama tidak mendengar dan menghayati lagu. sudah lama tak mendengar dan mencari lagu2 baru yg sedap dan kena dgn jiwa.
- dreaming about my soulmate. of course la its a past tense coz I've found mine insya Allah :)
- reading - omg, bile the last time aku baca buku (tak termasuk buku berkaitan ngan pelajaran k)?hurm...serius tak ingat!

And some of the "angan yg masih tak tercapai" :

- lepak2 kat library UTP yg sgt besar tu, dan habiskan masa berjam2 baca not-engineering-related books
- pinjam dan habiskan ensiklopedia2 (science,art,history and etc.) kat library tu,rugi woo tak baca.bile lagi nk dapat peluang camni
- round2 UTP naik basikal di kala petang yang redup dan berangin
- gi jungle trekking / camping
- jalan2 cari makan di Perak bersama kawan2 terchenta, kena rasa semua makanan2 di Perak ni.hehe (food-my another passion yg still utuh sampai sekarang.aha)
- bawak my family round2 UTP ngn Perak. bile the last time diorang datgan sini ye?erm tak ingat..dah lame sangat
- bawak someone makan alabama fries kat UTP.hehe

** dah nak grad baru nak buat, biasa la tuh. dah takde barula nak appreciate,kan?

October 24, 2009

101: Something

Today.
I am a strong woman
I tell myself everything I want is not everything I need
Anything I dont want is sometimes what I need
Get rid of the past
And move on

I certainly can do it
I certainly can forget everything that hurts

And today.
I lied to my face

October 20, 2009

I feel really sad..

October 02, 2009

100 : Akar

Lama sungguh blog ni aku tinggalkan. Pejam celik,pejam celik dah entri ke-100 rupanya walaupun update kadang-kadang je. Dah 100 entri, tapi isinya? Macam kosong je. Minta maafla kepada siapa yang membaca blog ni sebab lebih banyak berkisar pasal diri aku dan perkara2 yang kurang/tiada faedah.

Dan pada pukul 4.25 pagi ni, aku sedang menaip sesuatu walaupun tak pasti apa sebenarnya yang nak disampaikan. Sudah lama aku tak berjaga awal pagi seperti ini,dulu ini adalah kebiasaanku. Tidur seawal pukul 9 atau 10 malam,kemudian bangun pada pukul 3 pagi untuk siapkan kerja2 yang selalunya last-minute work. Hehe. Pada masa awal2 pagi ni la masa yang paling efektif nak buat apa kerja sekalipun, fokus aku paling tinggi waktu ni pada masa orang2 lain tengah nyenyak tidur. Sebenarnya,aku memang sangat2 fokus kalau buat kerja, sampai member2 selalu takut nak kacau :P Kalau aku buat kerja sambil tengok filem atau dengar lagu atau sambil bersembang, maknanya aku tak buat kerja la tu, tu aku tengah survey2 je ape keje yang kene buat :P

Okla,banyak jugak dah taip. Cukupla sekadar nak taip something kat sini. Hehe. Btw,sekarang tengah sangat busy dengan FYP, projek2 yang melambak, report2, assignment dan kerja2 untuk proposal master. But still, aku masih boleh rilek2 macam masa foundation dulu. Bila la aku nak rasa cemas ni? Risau pulak.

September 13, 2009

99: Oh

sH*M:
oic
nad
nad
nad
nad
nad
nad
nad
nad
nad
nad
nad
nad
nad
nad
nd
nad
nad
nad
nad
nAd:
yeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee
pe
sH*M:
saya suke tomok
ahhahahaha
nAd:
hahhahhaha
nice
i ilke that
i love tomok tu
*too
sH*M:
hoi
banyak cantik
xbley2
nAd:
lagu die best
hahhahaha
sH*M:
hahahhaa
kuang ajoooo
nAd:
kih3!!
kuat cemburu btol
hehehe
sH*M:
hahaha
mesti aa
haha
aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

___________________________________________________
Macam mana nak tolong kawan saya yang tengah angau ni?

P/s: Tengah angau gak ni!! Angau kat nasi goreng sotong, beef steak,mee rebus,mee bandung muar,mee udang banjir, ikan siakap 3 rasa, ikan siakan masak kerabu, sotong kerabu, ketam masak lemak, ayam goreng petai. urghh~~

August 29, 2009

98: Poyo?

Someone said I'm not as 'poyo' as before, at least in blogging. In real life, I dont think I have changed anyway. Is it a good or bad sign? Maybe I am becoming matured? Hehe. Not matured yet, but I'm coming to it. "Budak Master la katekan" bak kata Cik Husna Hamidon :P

Anyway, blom amik Master lagi diorang dah panggil aku budak Master skrg ni. Padahal baru je bercadang nk melanjutkan pelajaranku. (Padahal dah kompem sebenanya :P)

Macam poyo je entri ni kn? Sape tadi cakap aku dah x poyo. Ish2

August 23, 2009

97:Master

Harini terasa nak bercerita. Mungkin sebab baru lepas tengok gambar aku dan kawan-kawan masa kat Maahad Muar dulu, gambar lama, tapi kawan aku baru postkan dkt facebook. Rasa rindu pulak kat zaman sekolah2 dulu terutamanya kat Maahad la. Sebab kehidupan sebagai seorang pelajar Maahad (dari Form1 - Form3) memang penuh ngan pahit, manis, hitam, putih, kelabu dan macam2 la. Aku pernah jadi seorang 'top student', 'budak skema', 'pengawas yg hampeh' dan juga termasuk dalam kumpulan yang dipanggil 'geng otai'. Haha, nak tergelak pun ada bila teringat betapa taksubnya aku melanggar peraturan2 sekolah masa jadik geng otai tuh.

Boleh dikatakan semua peraturan yang ada aku dah pernah langgar, contohnya; ponteng prep petang, outing tanpa kebenaran, ponteng prep malam, ponteng roll-call, pecah masuk dewan makan waktu malam sebab nak masak nasik goreng,ponteng perhimpunan pagi, ponteng kelas juga tidak terkecuali, dan banyak lagi kot. Dah hampir lupa dah. (Cis, kena ingat balik ni,sayang kalau lupa!) Kalau kesalahan2 kecik macam xlipat tudung,lipat lengan baju,xpakai stokin, dan sebagainya tu xpayah cakapla; x otaila beb kalau xbuat semua tu. Haha. Mesti ramai x sangka yang aku ni macam ni. Hakikatnya, itulah aku pada zaman sekitar tahun 2000-2003. Masa tu jela. Sekarang I dah insaf k. Dah lama x buat kerja2 mcm tu. Rindu betol kat geng2 otai tersebut ~ Mas (my nickname ms zaman itu), Eica, Azah, Wanie, Baie, Eman, Shasha, Biha, Apid, Hana, Fadh dan sape lagi ek? Aku rase ade 13org geng2 kami. Hehe.

Teringat saat kena denda ketuk ketampi depan aspura, kena prep malam dekat dataran asrama dengan berbaju batik gara2 ponteng prep petang. Malu kot masa tu~ siap kena buat karangan "Kepentingan Prep Petang" (Hahahha,lawak gile kalau ingat balik). Pasal karangan ni memang aku xboleh lupa. Sebabnya, karangan aku fail sehinggakan aku terpaksa 'repeat'. Kenapa aku fail? Antara isi2 yang aku tulis, Kepentingan prep petang ialah; 1) Boleh merehatkan minda untuk tido,2) sebagai wadah berkongsi maklumat2, gosip dan tempat mengumpat yang paling efektif dan juga 3) tempat untuk mencuci mata. Daring sungguh aku pada masa itu, cewah. Haha,padan muka kena rewrite esei tersebut. Kih3. Kitorang kantoi prep petang ni pun sebab kitorang dengan selambanya mundar-mandir di aspuri untuk basuh baju, padahal masa tu semua orang kat sekolah sebab ada prep petang! Macam mana la aku boleh seselamba itu?

Dan yang aku paling xboleh blah, semua kesalahan2 itu aku lakukan di saat aku bergelar seorang PENGAWAS. Hehe. Tak malu betol kan~ Nasib baik sekarang ni jadik manusia gak la,kalau tak,haih~ Ape2 pun, aku bersyukur pernah merasa semua tu, sekurang2 nya ada jugak kenangan yang boleh buat aku tersenyum :)


Gambar ni diambil masa tahun 2002 (kalau x silap la). Carikla aku yang mane.Hehe.

96: Oh I hate this kind of feeling

:(

August 22, 2009

95: 1 Ramadhan 1430H

Semoga Ramadhan ini mengukuhkan Cinta- cinta yang ada.
Terutamanya Cinta Yang Satu itu.
Selamat Berpuasa dan Beribadat semua :)

July 23, 2009

94:One and a half year more to go


I will be fine. (Hopefully)


_________________


Dah lame rupanya x update blog, lately agak busy dgn kehidupan sebagai final year final sem student sampaikan mood untuk menulis dah tenggelam bersama ke'busy'an itu. Ceh,poyo je padahal ade je masa untuk tengok movie, main facebook..Hehe. Entahla, mungkin sebab dah kurang 'perasaan' or maybe takde langsung. Dulu aku rancak menulis sebab hidup ni penuh ngn 'perasaan', tu yang aku berkobar2 menulis to express my feelings, opinion and etc. Haha. Complicated betul. Dah lame x tulis blog pun boleh ade sebab yg Complicated mcm ni.
Gambar kat bawah ni saje nak letak. Mase ni convofair tahun bape ntah, year bape pn xsure tapi yg penting kitorg still muda lagi la (skrg pun muda ok). Baru dpt gambar2 lame dari shima since haritu pc format, dah xsimpan sume gambar2.

Sem ni last leh spend masa camni ngan korang.Uhu.

May 27, 2009

93: Kosong

Saat-saat begini, aku begitu merindui kawan-kawan, suara gelak tawa diorang yang tak jemu2 mengenakan antara satu sama lain. Hehe. Dan aku rindu sangat2 famili yang dah lama sangat tak jumpa. Memang, ada dia yang meneman, terima kasih :). Tapi aku sedar, hidup ini takkan lengkap tanpa mereka semua.

2 hari lagi dan aku perlu TABAH.
Ya Tuhan, permudahkanlah urusanku.Amiin.

May 05, 2009

92: Women

They're complicated. Believe me or not. Sometimes, I dont even understand myself. Why I did this, why I did that, why I felt this way and why I felt that way. Sometimes, thing as small as an ant can be as big as an elephant, at a specific moment and situation. Sometimes I can be mad at almost anything. Sometimes I can feel sad because of a really stupid thing. And sometimes, I can feel nothing at all.

Is that sounds complicated enough?Hehe.

P/S: Just my opinion. Not all women are like that.Hehe.

May 04, 2009

91:No more presentation

Just finished my Final Year Project's oral presentation. Alhamdulillah. Yeayy,sudah boleh study dgn tenang :)

May 01, 2009

90: Datagram

"What I see in you Nadiah it that you are such a lifeless person", said Dr Sumathi. "Dont you think so?" Now she asked my friends and they just laughed their heads out. Grrr,siapla korang!

" You are such a person who will stay calm and cool, let say there is a bomb exploded next to you... Your presentation's content was good but all that you need is to be more passionate and enthusiastic. Your presentation was persuasive enough but you yourself is not persuasive " Yeah, I've heard this before. Heartless, senseless, now lifeless. Hehe. I just smile to her, that's me Dr. Maybe I can change but I need time. Hehe.


"However, you did improve a lot since your first presentation."

Thank you Dr Sumathi, my Professional Communication Skill's lecturer. You're such a wonderful lecturer. Eventhough PCS seemed to be the most stressful class at first with 4 presentations, at last it emerged to be my best class in this semester or perhaps during my study in UTP. I learned to build up my confidence and communication skill and I managed to overcome my fear and nervousness! Thanks to such a wonderful lecturer and classmates :)

Fear of PCS class? Make it enjoyable, participate in every activity and think that everyone is learning, so there's no harm of making mistake,right? Forget about afraid of not getting good grades, just do the best to improve ourselves. Hehe. All da best sapa2 yang bakal amik PCS :)


April 28, 2009

88: 3 Tahun


ku tutup mataku
dari semua pandanganku
bila melihat matamu
kuyakin ada cinta ketulusan hati

yang mengalir lembut
penguasa alam
tolonglah pegangi aku
biar ku tak jatuh

pada sumur dosa yang terkutuk
dan menyesatkan cintaku
andaikan ku bisa
lebih adil pada cinta kau dan Dia

aku bukan nabi yang bisa sempurna
ku tak luput dari dosa
biarlah ku hidup seperti ini
takdir cinta harus begini
oh tuhan suburlah hatiku
Takdir Cinta
by Rossa
(lyric modified by author)

April 27, 2009

87: Sampai Syurga

"Kenapa asyik sedih-sedih je kat blog tu?"

"Takpela, dah memang asyik sedih je selalu.."

"Tulisla yang happening2 sket"

"Ala, blog tempat tulis yang sedih2 la, kalau yang happy2 buat pe nak tulis, baik terus cerita kat orang lain..kan2"

"......"

"Hehe.."

April 26, 2009

86: Butterscotch

Saya cuba kawal tapi akhirnya kalah jugak. Perit bila terpaksa berpura-pura demi nak menjaga hati orang lain. Pura-pura gembira, pura-pura bahagia, pura-pura tak kisah dan pura-pura tak cemburu.

Saya boleh buat semua tu,tapi sampai bila?

April 14, 2009

85: Angkut-angkut

It has been a while. Akhirnya,dapat jugak sign in ke blogger ni after a 'while' di block oleh encik UTP yang bijak pandai. Rasional betol tindakan mem'block' Google dan website-website yg related to Google. Tak paham sungguh..

Macam-macam aktiviti sem ni, rupanya dah nak final dah.. Cepat nya masa berlalu..

Volleyball, netball, futsal, sukaneka dan next event.. Dinner Batch. Aktif sungguh my batch. Ehe.

Hope that this sem will end with a happy ending. For all. Insya Allah.

March 25, 2009

I dont care anymore
I even care 100 times more..

It's up to you to do whatever you wish
Please, what you're doing is hurting me..

I dont need you
But I miss you.. and us

I have others who really care
I still hope you'll still do care..

I had given up on you the day you really test my limit
The more I hate you, the more I realize how important you to me

I dont have any regret
I felt like losing one piece of my life

You wont affect my life at all, sorry..coz I'm strong!
My life wont be the same..


Ego..does it worth?

March 07, 2009

84:Rindu

Your Mother
by Yusuf Islam

Who should i give my love?
My respect and my honour to?
Who should i pay good mind to after Allah(sw) and Rasul-Allah?
Comes your mother,
Who next? Your mother,
Who next? Your mother,
And then your father

Cause who used to hold you
And clean you and clothe you?
Who used to feed you
And always be with you?
When you were sick, stay up all night
Holding you tight?
That`s right no other, my mother

Who should i take good care of,
Giving all my love?
Who should i think the most of after Allah(sw) and Rasul-Allah?
Comes your mother,
Who next? Your mother,
Who next? Your mother,
And then your father

Cause who used to hear you
Before you could talk?
Who used to hold you,
Before you could walk?
And when you fell, who`d pick you up?
Clean you cut?
No one but, your mother

Who should i stay right close to?
Listen most to?
Never say no to after Allah(sw) and Rasul-Allah?
Comes your mother,
Who next? Your mother,
Who next? Your mother,
And then your father

Cause who used to hug you
And buy you new clothes?
Comb your hair and blow your nose?
And when you cried who wiped your tears?
Knows your fears? Who really cares?
My mother

Say alhamdulilllah
Thank you Allah
Thank you Allah for my mother

February 26, 2009

83: Ikhwan

Aku jatuh chenta dengan ini budak~ Ikhwan, anak Kak Hawa, our beloved lab technician a.ka. 'supervisors' utk sume budak2 EE final year.

Asyik teringat dia je sejak jumpa dia kat rumah Kak Hawa petang tadi. Sangat hyperactive,ceria,riang-ria dan sangat2 menghiburkan mata yang memandang. Oh Ikhwan, tahu tak anda sangat comel?Geramnya T_T

Bayangkan, dia belum boleh bercakap, cuma leh keluarkan bunyi2 yang pelik sebab dia sangat suka utk bercakap dan menyanyi~ tapi berat dia dah 17kg. Sangat mantap dan sihat~geram lagi T_T

Lagi satu, dia ni minat sangat ngan AF, kalau mak dia nyanyi lagu AF, dia akan menari yang sangat excited sampai terpusing2, last2 dia yang pening..memang sangat hyperactive ini budak! Wuu bila lagi kita akan bertemu..T_T

February 24, 2009

82: Rapuh

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidupku

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu


maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dada kuharap hanya
diriMu yang bertakhta


detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu


Rapuh,
by Opick

Lagu ni sangat best~ sila cuba dengar dan hayati..
Sedih.

February 23, 2009

81:Luar biasa


Rumetku memang kejam.
Dah hobi aku nyanyi dalam bilik sambil pasang headphone kuat-kuat, dia tak boleh terima plak.
Since she knew that I wont listen to her talking all the bad things IN FRONT of me while I was singing , then she wrote that note and flashed it in front of me while I was busy 'recording' my album.
Kureng nye rumet~
Dan lepas tu, kami seperti biasa, bertumbuk-tumbuk sikit, aku tolak dia dan dia tolak balik, aku pulas tangan dia dan dia pulas tangan aku balik, aku sekeh kepala dia dan dia tak dapat sekeh balik sebab kurang ketinggian! Haha..rumet2

February 22, 2009

80: Am losing faith in you..

That's it.

February 13, 2009

79: Hope she's fine

Pagi tadi, jumpa Ms Sumathi Reganathan, lecturer subjek Professional Communication Skill untuk dengar feedback dia tentang presentation kitorang semalam. 5 orang dalam 1 group dan aku sorang je perempuan. Mula2 ingatkan mesti bosan sebab aku sorang je girl tapi it turns out that the team was not bad! Semua orang ok la, boleh masuk la. Hehe. 3 orang dari mereka adalah junior so lagi senang nak deal.

Dan apakah komen lecturerku? She said I was:

  • a bit nervous
  • lack of confidence
  • expressionless

Nervous itu memang sifat semulajadi aku bila cakap kat depan. Usually, I would build up confidence sikit2 through out the presentation. But yesterday,it didn't happen. Kalut je sampai abes present. Maybe sebab the topic is not my expertise. So banyak kali cam lost~hehe. But it's ok, because this is a group presentation. Overall, we're not that bad walaupun Ms Sumathi sangat8x la strict~

Individual presentation --> in 2 weeks time! Hope that I can overcome my nervousness like what I did during my ETP presentation. That's my best record ever! Hehe. Insya Allah.

P/s - Me expressionless? Huhu, camne nak ubah muka android ni..

February 12, 2009

78: Al - Fatihah

Dengan tiada terduga
Dunia ini kan binasa
Kita kembali ke asalnya
Menghadap Tuhan Yang Esa
"Keagungan Tuhan" by Sulis
_____________________________________________
Al-Fatihah buat arwah Shida Adnan, pelajar UTP yang pergi menghadap Illahi pada 9 Februari yang lepas dan juga buat dua orang penyelamat yang cuba menyelamatkan beliau. Ajal maut di tangan Allah, bila-bila masa saja ia akan datang. Pemergian yang tak diduga langsung. Moga menjadi iktibar.Dan Air Terjun Batu Berangkai tu, aku dan kawan2 pernah bersuka-ria di situ, dan aku juga pernah hampir hanyut dibawa arus. Teringat saat-saat mencemaskan tu, mujur Tuhan masih memberi peluang untuk bernafas di bumi milik-Nya ini.

February 09, 2009

77: Once upon a time I had a bestfriend

In the dream last night,
I was standing at the end of this narrow tunnel
I could see a light at the other end
And I saw her
With her usual expression
Sad, gloomy and one kind of expression which I never can understand
But I was hopeless
Couldn't move even a finger


I yelled her name
Asking her to forgive me
And to tell me if I had done anything wrong
And to explain why she treats me this way
And to tell her how much I regret this
But I was hopeless
Couldn't utter even a word


In that dream last night,
I ended up crying my eyes out
It just so weird
That all I can do was crying
It just so painful
That all I can do was nothing


I tried to fix this
I tried to do whatever that could help
Healing the pain
I tried to act as if nothing happens
I tried to put aside all the heart-broken feelings
I tried be as natural as I can
I tried to remind myself that this is not about myself
Just to see her smile


In that dream last night,
I could see her eyes
Red and penetrating
And I knew
That she could never forgive me
But I still hope
That I was wrong


There I was
Standing hopelessly
All I can do was praying to God
To grant her wish
To grant her wish
To grant her wish
If that is the best for her


Once upon a time I had a bestfriend
And she is still the one

January 30, 2009

76: One Piece

Aku dah buat balik dah perangai lama. Tidur pukul 9 lebih lepas tu bangun pukul 2 pagi konon-konon nak study. Selalunya end up tak study2 sampai pagi but kadang2 aku study la jugak tapi after 1-2 hours of 'lagha'ing. Hehe.

Tiba2 teringat azam aku untuk sem baru ni (already 2 weeks). Dah nak dekat bulan 2 tapi who cares kan, suka hati la nak buat azam baru bila pun. Takkan masa new year je kan. Hehe. Antara azam-azam yang sekarang dah jadi kenyataan cuma tak tau akan istiqamah ke tak :

  1. Nak handwash baju2ku. Mesin basuh baju automatik tu dah naik harga jadi 2.50.Boikot2! Setakat sem ni belum pernah lagi sentuh mesin tu, aku akan berusaha kekalkan rekod! Hehe.
  2. Tak nak serabut. My first week was sangat2 teratur dari segi almost everything. But this 2nd week, things kinda start to fall apart. Haha. I'm starting to mess around. Buktinya, meja study pun dah mula serabut. C'mon nad,ingat azam baru!
  3. Nak enjoy my last year in UTP or in another words, my last chance to be a 'formal' student if tak jadik sambung belajar nanti. Enjoy maknanya to appreciate, hayati, nikmati and cherish every moment and chance given. Sedih la pulak I'm approaching the end of my "university age".
  4. Nak jadik matured. Which sometimes I feel I have achieved this but then, sometimes I feel like I am no different from budak2 tadika.
  5. Nak kumpul duit. Internship buat aku dapat kumpul duit sikit, even tak banyak tapi ada la duit simpanan sikit untuk masa depan. Hehe. So tak nak la duit tu dihabiskan masa final year ni plak. Kena menabung lagi, ikut cakap mak.
  6. Nak jadi lebih rapat dengan kawan2. Mana2 yang dah memang rapat tu, rapat2 kan lagi. Dan yang tak rapat tu, makin rapatkan. Sekarang ni la peluang nak extend my networking, dah keluar U nanti tak jumpa dah mereka2 ni. At least, kalau dah baik, senang nak contact via friendster ke facebook ke. Berkawan biar berjuta kan?Hehe.
  7. Nak jadik mummy. Haha. Just kidding. Actually, azamku yang ke-7 ialah nak keenam-enam azam di atas tercapai dengan jayanya dan bukan hangat-hangat tahi ayam saja. Insya Allah.

Tahun ni umur dah 22. Nak tak nak kena percaya jugak saya sudah tua walaupun muka still macam 18 years old. Hehe.Okla tak tau nak tulis apa lagi. Dah lama tak buat this kind of dear- diary-today-i-meet-my-crush nye entri. Hehe.

January 25, 2009

75: Siput babi

Kepada,

Encik/Puan/Cik Siput Babi yang aku terpijak sampai bunyi 'krak!' tadi hinggakan aku berasa sesuatu yang crunchy di bawah selipar aku ni...please please please forgive me!


This is actually not my first time yet I dont know how not to step on them. Maybe I should better watch on my steps more. If not, more lives will be put in danger.

Monster sungguh aku ni.. No,no, not a killer k!

January 22, 2009

74: Mocking Bird

Have you ever feel something, not knowing why the h**l you feel that way?
Sometimes, things do happen without a reason, aren't they?
But actually, everything happens for a reason.
It just us who are so dumb to understand what the reason is.

Confused. I am.

73: What I've Done




Semua yang nista
Semua yang dusta
Tidak kan bertahan
Tidak kan tersimpan

Jadi debu berhamburan
Mencari mangsanya
Permainan mayapada
Begitu al-kisah nya

Kanan kiri berkalang
Pantas cari lindungan
Usah rebah hati
Manis racun dunia
Ramai insan tertawan
Rawan tersiksa
Ranumnya sang bulan
Merdunya seri bayu
Hanyalah puraan
Di alam khayalan
Dalam ombak hidup
Kita yang layari
Jangan kau tenggelam

Di arus masa
Harus kau kemudi
Pulang ke hakiki


Dusta Berkalang
by Aiman Akademi Nasyid

January 18, 2009

72: Of being strong




Bersamamu kulewati
Lebih dari seribu malam
Bersamamu yang kumau
Namun kenyataannya tak sejalan


Tuhan bila masih ku diberi kesempatan
Izinkan aku untuk mencintainya
Namun bila waktuku telah habis dengannya
Biarkan cinta ini
Hidup untuk sekali ini saja


Bersamamu kulewati
Lebih dari seribu malam
Bersamamu yang kumau
Namun kenyataannya tak sejalan


Tak sanggup bila aku jujur
Hidup tanpa hembusan nafasnya


Tuhan, bila waktu dapat kuputar kembali
Sekali lagi untuk mencintainya
Namun bila waktuku telah habis dengannya
Biarkan cinta ini
Hidup untuk sekali saja

January 17, 2009

71: PS I Love You

Kalau la kan
Awak berada di tempat saya
Apa yang awak akan buat?
Kalau la kan
A, B, C dan D berada di tempat saya
Apa mereka akan buat?
Jawablah dalam hati
Kerana hati tak akan sekali menipu
Dan aku sudah serik.
Sudah penat.
Sekian.
Terima kasih Allah atas peluang ini

January 16, 2009

70 : How to make your internship a very unforgettable one

  1. Make sure sebelum anda intern, rancang masa yang sesuai agar dapat atau sempat bekerja bersama-sama mereka ini:

Kak Syahadah

Aishah

Rahimi

(Not in the picture : Kak Sab, Kak Farah & Syed.)

2. Just make sure no. 1 is done!

Missing u guys already T_T

69: Adi dan Aiman (Kawan)

Adi :
Aiman, awak nak cerita apa semalam? Maaflah, mak kita dah panggil balik rumah. Tu yang kita kena cepat-cepat balik. Tak mau la kena pukul dengan tali pinggang lagi.

Aiman :
Ooo patutla laju je awak balik semalam. Kita ingat awak tak nak main dengan kita lagi.

Adi :
Takla, takkanla kita tak nak main dengan awak lagi. Nanti siapa nak tolong pegangkan layang-layang kita bila kita nak main layang-layang? Siapa pulak nak tolong halaukan ayam betina garang yang nak patuk kita bila kita usik anak-anak dia?

Aiman :
Ala Adi ni, Asif kan ada. Kalau kita tak ada, awak main la dengan dia. Lagipun, dulu kan kita pernah main perang-perang dengan dia kat tepi hutan sebelah rumah Pak Man Mata Sebelah dulu.

Adi :
Tak nak la. Kita nak main dengan awak je. Asif tu lari laju sangat, nanti kita selalu tertinggal kat belakang. Awak tak kuat lari, bolehla kita jalan sama-sama dengan awak.

Aiman :
Mana ada kita tak kuat larila, kita memang sengaja jalan pelan-pelan sebab nak tunggu awak. Kita kesian awak jalan lambat sebab kaki awak tempang.

Adi :
Oh, tak kesah la. Kita nak main ngan awak jugak. Tak nak orang lain.

Aiman :
Yela yela. Kita pun suka main dengan awak sebab mak awak selalu bagi kita makan kuih cucur badak yang dia buat tu. Sedap, mak kita tak pernah buat cucur badak.

Adi :
Yeahhh.... (sambil melompat-lompat keriangan).Awak janji ye, kita akan main sama-sama sampai bila-bila? Awak tak kan biarkan saya main dengan Asif, ye?

Aiman :
Ye ye, kita dua orang jadik geng, awak kan Power Ranger merah, kita Power Ranger putih, mestila kena satu geng. Hahahaha..

Adi :
Asif? Bukan ke dia cakap dia Power Ranger biru?

Aiman :
Arghhh, tak boleh, tak boleh. Power Ranger biru tu adik kita la, haritu dia dah cop.Mana aci, amik yang orang dah cop. Dia jadik raksasa musang je la...

Aiman & Adi :
Hahahahaha...


Info :
Aiman dan Adi baru berusia 5 tahun. Mereka berpegang pada janji untuk main bersama-sama itu, tapi ia bertahan selama dua tahun saja. Bila sudah masuk sekolah rendah, mereka di kelas yang berlainan. Dan janji itu seakan dilupakan. Lagipun, mak Adi dah tak buat cucur badak lagi. Mak dia sudah meninggal dunia akibat ditabrak kereta semasa dalam perjalanan pulang dari kedai.

You Play it Cool
You're not in your face, smokin' hot... and it's all by design
You have a carefully crafted cool persona, leaving everyone wanting to know just a little more.